Monday, May 30, 2011

Saraan askar yang ramai

Pernah terfikir tak bagaimana sesebuah negara yang memiliki askar yang ramai menyara gaji dan segala kelebihan yang diberikan kepada setiap askar mereka?
Ya, antara sumber ialah cukai yang diambil daripada rakyat mereka dan hasil bumi negara mereka. Tetapi, ada satu lagi cara yang boleh mengurangkan kos malah boleh menambah lagi banyak bilangan askar. 

Cara itu ialah dengan membantu peperangan di negara yang kaya dengan hasil bumi. Contoh yang terdekat ialah apa yang berlaku di Libya sekarang.

Adakah korang ingat yang mereka dengan PERCUMA bantu rakyat Libya menentang Gaddafi? Jawapannya tentulah tidak. Mungkin pada masa hadapan, kerajaan Libya yang baru akan dipaksa untuk membayar balik kos yang mereka tanggung samada melalui IMF ataupun hasil bumi yang mereka ada.

Selain daripada membantu negara yang berperang mereka juga sanggup mencipta perang seperti yang berlaku di Iraq dan Afghanistan.

Bagi mereka nyawa askar tidak penting kerana mereka boleh merekrut askar yang baru dan muda. Paling penting untung masa hadapan.

Selain mereka dapat menyara askar yang ramai dengan cara begini mereka juga ada sebab sampingan antaranya:
  • Membantu askar mereka dalam meningkatkan kemahiran taktik perang.
  • Melupuskan senjata lama yang jarang digunakan sebab tiada perang di negara mereka.
  • Dapat beli senjata baru dengan kos yang ditanggung negara yang mereka 'bantu'.
  • Membantu melakukan eksperimen dengan sejata baru yang dimiliki.
Dan mungkin ada banyak lagi alasan lain. Apa yang penting, mereka memang mendapat untung besar dalam setiap peerangan.

Sunday, May 29, 2011

Carta Terkini Liga Super 28 Mei 2011

Berikut adalah kedudukan carta terkini Liga Super 2011 selepas perlawanan pada 28 Mei 2011:

Ked. Pasukan/Kelab Mata P M S K J B P
1 KELANTAN 47 23 14 5 4 46 20 26
2 TERENGGANU 47 23 14 5 4 45 19 26
3 SELANGOR 45 23 14 3 6 33 22 11
4 PERAK 38 23 10 8 5 30 22 8
5 KEDAH 38 23 11 5 7 21 18 3
6 HARIMAU MUDA A 36 23 10 6 7 33 26 7
7 T-TEAM 31 23 9 4 10 31 30 1
8 JOHOR FC 29 23 7 8 8 21 24 -3
9 FELDA UNITED 28 23 7 7 9 18 24 -6
10 NEGERI SEMBILAN 25 23 6 7 10 22 31 -9
11 KUALA LUMPUR 23 23 5 8 10 20 28 -8
12 SABAH 22 23 5 7 11 19 30 -11
13 PAHANG 22 23 5 7 11 18 31 -13
14 PERLIS 10 23 2 4 17 19 51 -32


Ini pula keputusan perlawanan semalam yang telah mengubah kedudukan beberapa kumpulan:
Harimau Muda A menang dengan Kedah 2-0
Terengganu tewas dengan Kedah 0-1
Perak menang dengan T-Team 2-0
Kelantan menang dengan Pahang 1-0
Perlis tewas dengan Felda United 0-1
Kuala Lumpur tewas dengan Johor FC 1-2
Selangor menang dengan Negeri Sembilan 2-0

Akhirnya Selangor menang juga setelah tewas 3 perlawanan sebelum ni menyebabkan aku tak update keputusan perlawanan kat blog ni, huhu...

Mintak-mintak Selangor terus bangkit memintas 2 kumpulan teratas.

Friday, May 27, 2011

1001 alasan untuk rakyat

Kalau kita membaca buku motivasi, kita akan dilarang sama sekali mencari alasan untuk gagal. Tetapi kita akan disuruh mencari jalan dan alasan untuk berjaya.

Ya, orang yang berjaya ialah mereka yang mencari 1001 alasan dan jalan untuk berjaya.
Apa yang aku nak bagitau sebenarnya ialah perasaan aku yang naik muak dengan sikap kerajaan BN. Mereka suka memberi 1001 alasan kepada rakyat untuk naikkan barang dan tarik subsidi (kebajikan).

Antara yang termasyhur ialah negara akan bankrup.

Mereka malah memperlekeh kalau pembangkang memberi seribu satu janji untuk menumpukan lebih banyak dana negara untuk rakyat.

Kalau dah tak mampu nak urus dana dan khazanah negara lebih baik berundur. Malaysia bukannya negara miskin. Tanah subur, hasil bumi banyak dan tiada bencana alam yang besar.

Kerajaan BN memberi 1001 alasan untuk menarik kebajikan rakyat.
Pakatan Rakyat memberi 1001 alasan untuk menjaga kebajikan rakyat.

Aku memang mengidamkan Malaysia jadi macam negara maju yang selamba jer tukar kerajaan. Biar ahli politik ni sedar yang kuasa sebenar ditangan rakyat. Aku harap Malaysia ni tak jadi macam negara Islam yang lain kebanyakannya dipegang kelompok yang sama sekian lama. Akibatnya, tiada ketelusan dan banyak kebocoran dalam menguruskan dana negara.

Wednesday, May 25, 2011

Fenomena alam atau bala?

Gempa bumi diikuti tsunami, reaktor nuklear yang bocor dan salji turun dikala tiada elektrik. Semua ini berlaku di Jepun yang muda-mudinya terkenal dengan kebebasan sosial yang agak melampaui batas seperti seks bebas dan video lucah. (sumber:Wikipedia)

Dilaporkan sebanyak 875 tornado yang melanda Amerika Syarikat (US) sepanjang 2011 dan meragut  499 nyawa. Siapa yang tidak kenal negara Amerika yang sosialnya sangat bebas malah menjadi perancang utama peperangan di kebanyakan negara-negara Islam terutama timur tengah. Amerika juga penyokong utama golongan penyembelih Zionis di Israel. (sumber:Wikipedia)

Bala boleh membawa 2 makna iaitu ujian atau balasan buruk. Jika bala dikenakan kepada orang Islam maka itu membawa makna ujian untuk menguji keimanan hambaNya. Jika bala dikenakan kepada orang bukan Islam maka itu membawa makna balasan buruk ke atas kerosakan yang dilakukan atas muka bumi.

15 sebab turun bala:

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu: 
  1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja. 
  2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa). 
  3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri. 
  4. Apabila suami terlalu mentaati isteri. 
  5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing. 
  6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri. 
  7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising. 
  8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid. 
  9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka. 
  10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya. 
  11. Apabila arak menjadi minuman biasa. 
  12. Apabila lelaki memakai sutera. 
  13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki. 
  14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik. 
  15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu. 
Maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi. (Sumber aku ambil di sini)

Hadis ini aku dengar masa khutbah jumaat sebelum ni. Hari ini baru berkesempatan untuk kongsi dengan semua.

Umat Islam berperang dengan penceroboh dan pembelot di negara masing-masing dan orang bukan Islam berperang dengan bencana alam yang dihantar Allah.

Walaupun seseorang itu bukan penganut Islam jangan sesekali melakukan perkara yang diluar batas kemanusiaan seperti seks bebas dan seks luar tabii kerana semua itu membawa murka Pencipta.

Keunikan TV1

TV1 atau TV2 dibawah RTM memang mendapat kritikan hebat disebabkan kebanyakan rancangan yang disiarkan selalunya tidak menarik perhatian penonton.

Berita dalam negaranya yang berat sebelah juga selalu dikritik.

Tetapi ada satu perkara yang unik dan menjadi identiti TV1 sejak sekian lama iaitu Slot Berita Dunia pada pukul 11. Kalau dulunya Berita Dunia jam 10.

Setiap kali aku tengok berita dunia ni aku memang terpaku dengan olahan isinya. Seolah-olah maklumat yang mereka dapat lebih banyak daripada TV lain terutama tentang isu semasa dunia. Setiap berita juga disisipkan dengan video dan bukan hanya bacaan berita.

Kalau aku tengok kat TV lain tentang berita dunia memang tak lengkap sangat rasanya. Pendekatan TV1 membuat slot khas berita dunia ini memang bagus daripada disekalikan dengan berita jam 8.

Teruskan keunikan ini TV1!

Tuesday, May 24, 2011

Nasib negara Islam

Kalau diperhatikan negara-negara Islam seluruh dunia ada banyak persamaan. Antara yang positif ialah:
  • Kaya dengan hasil bumi.
  • Kurang mengalami bencana alam.
  • Tanah rata yang luas dan subur.
Persamaan negatif pula:
  • Kebanyakan kekayaan hasil bumi milik pemerintah dan bukan rakyat.
  • Kebanyakan negara ketinggalan dari sudut kemajuan teknologi.
  • Kebanyakan pemimpin dicucuk hidung oleh kuasa besar.
Aku petik ayat daripada seorang rakan blogger Burhan Al-Hilmi yang membuatkan aku gelak besar. Katanya, "Kalau dah nama pun Raja di Negara Arab, kalau tak kumpul harta bertimbun bukanlah mereka.."

Setakat ini apa yang korang nampak? Sebenarnya Allah begitu sayangkan hambanya yang menganut agama Islam sehinggakan di dunia ini DIA mengurniakan nikmat seperti bumi yang subur, hasil bumi yang melimpah ruah seperti minyak dan tempat yang kurang bencana alam seperti gunung berapi dan gempa bumi.

Akan tetapi, oleh kerana ramai antara penganut Islam tidak mengamalkan Islam dengan bersungguh-sungguh maka mereka diperkotak-katikkan. Mereka jadi lemah, lesu dan bodoh. Mereka jadi malas berfikir mana yang benar mana yang salah. 

Mereka jadi pentingkan perut sendiri daripada kebaikan bersama. Mereka membiarkan hasil bumi dirompak dan dijadikan hak individu, syarikat besar atau penjajah. Malah mereka rela diperbodohkan asal diri sendiri senang.

Kesannya kepada kebanyakan negara Islam, rakyat hidup susah, segala bantuan, subsidi dan zakat tidak diedarkan sepatutnya. Hak umum dinafikan seperti hospital, sekolah dan universiti. Ada juga dikaburkan dengan penswastaan.

Alasan besar pemerintah korup ini ialah negara tiada duit. Negara akan bankrup jika terus membantu rakyat. Alasan apakah ini?

Kalau betul pemerintah ini percayakan wujudnya tuhan maka mereka yakin semakin banyak hasil bumi diedarkan kepada rakyat maka semakin murah rezeki negara. Ya! Sebab rezeki itu daripada Allah.

Maka berlakulah apa yang kita nampak sekarang ini di kebanyakan negara Islam seperti Tunisia, Mesir, Libya dan terbaru Bahrain. Dengan teknologi maklumat yang ada rakyat sudah tidak boleh diperbodohkan lagi.

Monday, May 23, 2011

Korban rakyat

Siapa kisah tentang nasib rakyat kan? Asalkan duit masuk biarlah rakyat terkorban. Tidak cukup dengan penarikan subsidi dan harga barang naik sekarang ini rakyat dihidangkan dengan kilang yang memproses nadir bumi atau rare earth. Yang akan menghadapi kesan radioaktif ini bukannya pemimpin negara di Putrajaya tetapi rakyat pahang di Gebeng Kuantan.

Ya, ada dikalangan mereka yang mengaku 'bijak' mengatakan tidak bahaya pun kilang ni, kesan radioaktifnya terkawal, Malaysia akan jadi negara maju kalau ada kilang ini dan bermacam-macam alasan yang 'bijak' lagi.

Tetapi cuba fikirkan sejenak, kenapa hasil bumi yang diambil daripada Mount Weld Australia ini sanggup meredah lautan untuk diproses di Malaysia? Kalau nak dikira kos semakin mengingkat kan? Sebabnya rakyat Australia memang tidak membenarkan kilang sebegini wujud dinegara mereka kerana mereka tahu akan bahaya dan kesan sampingan. Jadi, siapa lebih bijak? Rakyat Australia ke rakyat Malaysia?

Seperti biasa yang menjadi mangsa buangan toksik dan bahan tercemar adalah negara dunia ketiga? Jadi atas hujah apa mengatakan kalau kilang ini tidak dibuat di Malaysia maka kita tidak akan dipandang negara maju?

Ya, mungkin juga orang kata kita akan dapat hasil cukai daripada kilang ini. Tetapi syarikat Lynas ini dikecualikan cukai selama 12 tahun? Jadi apa faedah yang kita dapat?

Sebenarnya kita diperbodohkan oleh seseorang. Faedah memang rakyat tak akan dapat walaupun seringgit, tetapi orang-orang tertentu yang dapat. Biasalah kan, kecerdikan dan kewarasan kita ini senang dibeli.

Begitulah nasib rakyat negara membangun yang senang digula-gulakan oleh pemimpin negara. Akibatnya generasi masa depan yang kena tanggung. Apa ada pada status 'negara maju' kalau udara tercemar, gejala sosial berleluasa dan jenayah meningkat?

Sunday, May 22, 2011

Mereka pergi ke tempat yang lebih baik

Tiada kata mampu diucapkan apabila kejadian sebegini menimpa apatah lagi mangsanya adalah anak yatim. Tetapi segala kejadian itu pasti ada hikmahnya.

Antara yang mampu aku fikirkan ialah, hidup mereka mungkin merana dan terhina di dunia ini jadi Allah memanggil mereka pulang ke tempat yang lebih baik, cantik, tenang dan gembira iaitu di syurgaNya.

Seramai 16 orang anak-anak yatim telah dipanggil mengadap Ilahi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Saturday, May 21, 2011

V for Vendetta

Antara filem yang berunsur sedikit falsafah yang memberi kesan kepada aku ialah V for Vendetta. Bukan apa, filem ini menunjukkan betapa hebat kuasa rakyat walaupun kerajaan memiliki segala kuasa ketenteraan dan media.

Aku suka ulang tengok filem ini kerana pengajaran terdapat di dalamnya. Untuk menjatuhkan kerajaan yang korup dan kejam kita perlu melawan mereka dengan kreatif dan berani. Pelbagai cara dilakukan untuk menyedarkan rakyat terlebih dahulu dan akhirnya rakyat bangkit di jalan raya.

Walaupun kerajaan memiliki tentera dan polis berpuluh ribu tetapi kita kena ingat yang tentera dan polis juga datang daripada rakyat. Tentera yang datang daripada rakyat ini mana sanggup untuk membunuh gerombolan rakyat yang bangkit sebab mereka tahu ada dikalangan rakyat itu ahli keluarga mereka.

Akhirnya mereka tidak sanggup melepaskan tembakan dan terus meletakkan senjata. Setiap kemenangan mesti ada pengorbanan nyawa. Begitulah cerita ini berakhir.

Cerita V for Vendetta ini ada sedikit kesamaan dengan kebangkitan rakyat Mesir menjatuhkan kerajaan mereka yang korup dan mengarut itu.

Thursday, May 19, 2011

Bermanja dengan abang bomba

Semalam aku sekali lagi tertengok bual bicara di TV1 tentang abang-abang bomba ni. semuanya berjalan lancar sampailah ada komen penonton di Facebook yang mengatakan rakyat Malaysia ni terlampau manja sampaikan bakar sarang lebah panggil bomba dan tangkap ular masuk rumah pun panggil bomba.
Jurucakap bomba itu terus menjawab yang itu perkara biasa dan kami memang mesra dengan masyarakat.

Aku yang dengar tu agak geram jugak dengan komen penonton tu. Yelah, kalau ular masuk rumah dan ular tu berbahaya takkan nak selesaikan masalah tu sendiri. Mestilah akan hubungi bomba kerana mereka memang terlatih dan ada alat mencukupi.

Kalau nak bakar sarang lebah pulak terutama di kawasan bandar takkan nak memandai bakar sarang tu sendiri? Kalau api tu merebak macam mana?

Jadi jangan nak memandai komen macam tu sebab tak terkena batang hidung sendiri. Lagipun abang bomba memang suka dengan kerja mereka membantu dan menyelamat.

Wednesday, May 18, 2011

Kecewa dengan terjemahan buku

Sebenarnya sangat elok kalau buku diterjemahkan daripada bahasa lain ke bahasa Melayu contohnya daripada buku bahasa inggeris dan arab.

Tetapi aku sering kali kecewa apabila beli buku terjemahan. Sebabnya gaya bahasa dan ayat dalam tu terus buat aku jadi pening akan maksud sebenar yang ingin disampaikan. Aku lebih faham maksud sebenar penulis bila baca buku tu dalam versi bahasa inggeris.

Pada pandangan aku la, kalau nak terjemah buku, jangan terjemah perkataan demi perkataan. Malah, jangan juga terjemah ayat demi ayat. 

Sepatutnya, penterjemah kena terjemah apa yang dia faham daripada ayat atau perenggan itu kemudian baru tulis ayat dalam bahasa melayu melalui apa yang dia faham. Itu baru betul dan itu juga baru buat pembaca puas hati.

Tetapi, setelah aku fikir balik mungkin ada akta yang tidak benarkan penterjemah mengolah ayat mengikut apa yang dia faham dan kena ikut sebijik perkataan demi perkataan. 

Maka bagi pandangan aku memang tidak patut kalau akta ini wujud. Sebab aku pernah baca buku terjemahan yang bagus. Sebab olahan ayat dia tu daripada apa yang penterjemah faham.

Tuesday, May 17, 2011

Tiada istilah kecewa

Ya, kadang-kadang semua perancangan nampak elok, persediaan mantap, waktu sesuai tetapi di saat akhir masalah luaran datang melanda. Itulah yang berlaku kepada aku apabila Blogger baru-baru ini buat hal. 

Aku jadi kecewa sedikit untuk terus menulis menyebabkan 2 hari blog ini dibiarkan tanpa kemaskini. Akan tetapi kalau nak kecewa pun sampai bila kan? Pihak Blogger pun dah mintak maaf atas masalah ni.

Akhirnya, jari ini kembali aktif menekan keyboard tanpa henti. Sempena cuti hari ini aku kembali lagi menulis untuk meluahkan segala apa yang ada dalam minda ini. Minda yang bebas dan merdeka!

p/s: Aku suka gambar kat atas tu sebab nampak penuh nostalgia dan kenangan pahit manis.

Saturday, May 14, 2011

Akhirnya blogger kembali elok


Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan izinNya pada pagi ini bila aku buka blogger dashboard sudah dapat masuk. Semua artikel aku juga sudah kembali walaupun semua komen masih lagi hilang.

Apabila aku buka status blogger diorang bagitau yang mereka masih lagi dalam proses kembalikan semua data yang hilang.

Memang sedikit cuak la apabila kita menumpang tapak dan domain orang untuk menulis ni dan terjadi pulak masalah macam ni. Terasa macam nak beli domain dan hosting sendiri jer lepas ni.

Thursday, May 12, 2011

Imam yang sedap bacaan

Pernah aku pergi di masjid untuk solat maghrib dan agak terkejut sebab imamnya membaca ayat suci Al-Quran dengan suara yang agak lucu. Lagu Al-Qurannya seolah-olah dipaksa dan dibuat-buat.

Pada pandangan aku la, lebih baik kalau imam tadi diberikan kepada mereka yang lebih sedap bacaannya. Sebabnya boleh membantu khusyuk dalam solat. Kalau pun tidak pandai berlagu, janganlah berlagu. Cukup dengan bacaan biasa. Itu lagi elok.
Imam Abdul Rahman Sudais, Imam Mekah
Perumpamaan yang boleh dibuat ialah, orang yang tak sedap suaranya cuba menyanyi dengan mendayu-dayu. Apa perasaan anda? Sudah tentu akan mengganggu hawa telinga kan?

Ada aku jumpa imam yang baca Al-Quran macam biasa dalam solat. Ok jer, takde masalah pun tanpa berlagu. Jadi bagi mereka yang rasa dia tidak pandai berlagu elakkan berlagu masa baca Al-Quran dalam solat.

Renungi Sabda Rasulullah dalam ayat di bawah:

(Paling layak) menjadi imam bagi sesuatu kaum adalah yang paling baik bacaan al-Qur’an di antara mereka.

Jika mereka dalam bacaan berada pada tingkatan yang sama, maka (yang paling layak) adalah yang paling mengetahui tentang sunnah (hukum-hukum fiqh) di antara mereka.

Jika mereka dalam (pengetahuan) sunnah berada pada tingkatan yang sama, maka (yang paling layak) adalah yang paling awal berhijrah di antara mereka.

Jika mereka dalam penghijrahan berada pada tingkatan yang sama, maka (yang paling layak) adalah yang paling awal memeluk Islam di antara mereka.

Janganlah seseorang menjadi imam terhadap orang lain di tempat kekuasaannya dan janganlah seseorang duduk di tempat kehormatan orang lain kecuali seizinnya.

[Shahih Muslim, Kitab al-Masajid, Bab orang yang paling berhak menjadi imam, hadis no: 673]

Ciri pertama Imam yang baik ialah yang paling baik bacaannya merangkumi sebutan, suara dan lagu. Walaupun iman itu dikalangan pemuda memang patut diutamakan. Sebab itu masa bulan Ramadhan, banyak masjid memanggil imam tahfiz untuk menjadi imam solat.

Suara budak ni best sampai ada yang keluar air mata:

Kita dapat apa yang kita percaya

Hebatnya kemampuan minda ni adalah mampu merealisasikan apa yang kita fikir dan yakini. Tetapi ramai orang lebih suka fikir dan yakini benda-benda negatif.
Ini termasuklah pantang larang orang dulu-dulu. Antaranya:
  • Jangan beli benda atau barang pada hari rabu. Takut nanti ada masalah pada barang dan benda yang kita beli.
  • Jangan berjalan jauh pada hari rabu takut nanti ada benda tak baik berlaku.
Dan seribu satu macam lagi pantang larangnya. Sebenarnya orang zaman dulu ada sebab lain kenapa mereka melarang tetapi dah jadi kepercayaan turun temurun.

Islam sendiri tidak pernah melarang sesuatu kecuali memang jelas ada dalam nas contohnya jangan berjual-beli pada waktu solat jumaat  untuk orang lelaki.

Percaya atau tidak, ramai yang masih percaya dengan benda seperti ini. Sebabnya, ada orang kata kepada aku benda buruk itu benar-benar terjadi kepada dia. Sebab itu dia percaya.

Ada 2 alasan kenapa benda buruk tu benar-benar terjadi:
  • Apabila dia percaya dan yakini maka itu adalah doa buruk terhadap diri sendiri.
  • Kehebatan minda yang memproses perkara yang diyakini ini akan menghalakan kita kepada benda buruk ini. Contoh kita jadi cemas tak macam biasa semasa memandu pada hari rabu sebab kita percaya kepada pantang larang itu. Akhirnya, berlakulah kemalangan disebabkan hati yang tidak tenang semasa memandu.
Jadi berhati-hati dengan apa yang anda fikirkan dan yakini. Halakan fikiran anda kepada perkara positif. Itu lebih baik.

Gaddafi yang cintakan dunia

Dulu aku pernah menulis pasal Libya dan Gaddafi hasil maklumat daripada kawan aku yang bercakap dengan orang Libya belajar di sini.
Tentera rakyat Libya menyediakan roket yang baru mereka dapat.
Hari ini, Libya masih lagi dalam keadaan huru hara sebab Gaddafi masih enggan berundur. Memang betul kata orang Libya itu yang Gaddafi takkan berundur melainkan semua askarnya mengaku kalah atau dia mati dulu.

Apabila kawan aku tanya mengapa? Jawab orang Libya itu, Gaddafi ini seorang yang terlampau cintakan dunia dan takutkan mati. Kalau tidak masakan dengan kekayaan yang dimiliki sekarang ini masih enggan berundur dan lari dari negara Libya. Dia rasa tidak cukup dan masih perlu memerintah Libya untuk kaut kekayaannya.

Fuuuh..Begitu bahaya sekali penyakit tamak dan tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki.

Akibatnya, sekarang ini dunia memerangi beliau apabila hampir 80% rakyat yang tiada kelengkapan senjata yang mencukupi dibantu NATO berperang dengan askar Gaddafi.

"Rakyat Libya sudah cukup perit dan menderita di bawah pimpinan Gaddafi, sekarang masa untuk bangkit, kalau tidak sekarang (merujuk kepada kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia) mungkin tiada peluang lagi lepas ni." Kata rakyat Libya tersebut.
----------------------------------------------------------------------

Wednesday, May 11, 2011

Baru dan baharu

Kali pertama aku dengar perkataan baharu adalah dalam iklan radio Era. Iklan tu tentang kereta Proton baharu. Aku mula-mula dengar terasa sangat la pelik. Lepas dengar iklan tu sekali lagi maka memang sah la Bahasa Melayu dah tukar lagi.
Baru pula kata padanan bahasa inggerisnya 'just'.
Baharu kata padanan bahasa inggerisnya 'new'.

Jadi semua perkataan kena tukar lepas ni antaranya:
  • Selamat tahun baharu
  • Selamat pengantin baharu
  • Pemgambilan pelajar baharu

Apa pandangan korang dengan penukaran perkataan bahasa ni? Setelah sekian lama baru nak tukar. Berbelas tahun aku sekolah dan selalu dapat A BM baru nak tukar. (chewah..)
Pandangan aku la kan, tak salah kalau nak tukar pun tapi untuk generasi macam aku nak aplikasikan memang agak susah sebab dah terbiasa dengan perkataan baru. Mungkin ambil masa kot nak sesuaikan perkataan baharu ni. Hehe..

Kurang gula elak diabetis

Dalam akhbar hari ni mengatakan 1.4 juta rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi penyakit diabetis atau kencing manis.

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.
Bertepatan denga harga gula naik maka berita ini dikeluarkan bagi menyedarkan rakyat Malaysia untuk elakkan makan gula berlebihan.

Ada pendapat mengatakan tindakan kerajaan menaikkan harga gula adalah untuk menyelamatkan rakyat Malaysia daripada menghidapi penyakit diabetis akibat banyak sangat makan gula. Seperti dalam air, kuih muih dan masakan.

Lagipun kerajaan dapat berjimat sebanyak RM116.6 juta dan sangat elok kalau peruntukan itu disalurkan kepada badan lain seperti PERMATA yang memerlukan RM111 juta.

Sampai macam tu sekali pemimpin kita berfikir. Hebatnya!

Akhirnya Kelantan di tempat kedua


Perlawanan Liga Super semalam antara Kelantan dan Negeri Sembilan terpaksa aku sentuh sebabnya perlawanan itu menentukan kedudukan Selangor macam mana. Hehe..

Selangor sangat bernasib baik apabila Kelantan hanya seri dengan Negeri Sembilan 0-0. Maknanya Selangor sekarang berada di tangga teratas dengan kelebihan 2 mata.

Bagaimanapun kedudukan ini tidak seselesa mana pun memandangkan beza mata boleh dikejar Kelantan bila-bila masa melainkan Selangor mengekalkan rekod kemenangannya.

Di bawah adalah kedudukan carta terkini Liga Super 2011 bertarikh 10 Mei 2011:

Ked. Pasukan/Kelab Mata P M S K J B P
1 SELANGOR 42 19 13 3 3 28 16 12
2 KELANTAN 40 19 12 4 3 39 15 24
3 TERENGGANU 38 19 11 5 3 35 17 18
4 PERAK 28 19 7 7 5 24 20 4
5 KEDAH 28 19 8 4 7 17 18 -1
6 FELDA UNITED 25 19 6 7 6 15 18 -3
7 HARIMAU MUDA A 23 17 6 5 6 21 20 1
8 JOHOR FC 23 19 5 8 6 16 19 -3
9 T-TEAM 22 18 6 4 8 23 22 1
10 NEGERI SEMBILAN 20 18 5 5 8 19 24 -5
11 PAHANG 19 19 4 7 8 16 22 -6
12 SABAH 18 18 4 6 8 15 21 -6
13 KUALA LUMPUR 18 19 4 6 9 16 25 -9
14 PERLIS 10 19 2 4 13 17 44 -27