Hebatnya kemampuan minda ni adalah mampu merealisasikan apa yang kita fikir dan yakini. Tetapi ramai orang lebih suka fikir dan yakini benda-benda negatif.
Ini termasuklah pantang larang orang dulu-dulu. Antaranya:
- Jangan beli benda atau barang pada hari rabu. Takut nanti ada masalah pada barang dan benda yang kita beli.
- Jangan berjalan jauh pada hari rabu takut nanti ada benda tak baik berlaku.
Dan seribu satu macam lagi pantang larangnya. Sebenarnya orang zaman dulu ada sebab lain kenapa mereka melarang tetapi dah jadi kepercayaan turun temurun.
Islam sendiri tidak pernah melarang sesuatu kecuali memang jelas ada dalam nas contohnya jangan berjual-beli pada waktu solat jumaat untuk orang lelaki.
Percaya atau tidak, ramai yang masih percaya dengan benda seperti ini. Sebabnya, ada orang kata kepada aku benda buruk itu benar-benar terjadi kepada dia. Sebab itu dia percaya.
Ada 2 alasan kenapa benda buruk tu benar-benar terjadi:
- Apabila dia percaya dan yakini maka itu adalah doa buruk terhadap diri sendiri.
- Kehebatan minda yang memproses perkara yang diyakini ini akan menghalakan kita kepada benda buruk ini. Contoh kita jadi cemas tak macam biasa semasa memandu pada hari rabu sebab kita percaya kepada pantang larang itu. Akhirnya, berlakulah kemalangan disebabkan hati yang tidak tenang semasa memandu.
Jadi berhati-hati dengan apa yang anda fikirkan dan yakini. Halakan fikiran anda kepada perkara positif. Itu lebih baik.
7 comments:
Great dude...
saja drop by baca netry & klik utk menabung.
tq ..
sama2 menabung...
daa~
Thanks Normaliza..
Beliefs have always been there but we are smarter now on which one to follow.
Not smarter enough Nava, most still believe in taboo..
ar ar
tu la pasal
betul2
benda tu sebenarnya tak betul pun
tapi bila kita percaya dan selalu sebut memang ibarat doa la
tu jadi betul tu
Review Filem Kongsi
Sentiasa doakan kebaikan untuk kita hanis_narnia..tapi kita tidak sedar apa yang kita fikir juga boleh jadi doa..jadi elakkan fikir negatif..
sebenarnya semua yang terjadi kita boleh kawal dengan minda
Post a Comment