Bermanja dengan abang bomba

Semalam aku sekali lagi tertengok bual bicara di TV1 tentang abang-abang bomba ni. semuanya berjalan lancar sampailah ada komen penonton di Facebook yang mengatakan rakyat Malaysia ni terlampau manja sampaikan bakar sarang lebah panggil bomba dan tangkap ular masuk rumah pun panggil bomba.
Jurucakap bomba itu terus menjawab yang itu perkara biasa dan kami memang mesra dengan masyarakat.

Aku yang dengar tu agak geram jugak dengan komen penonton tu. Yelah, kalau ular masuk rumah dan ular tu berbahaya takkan nak selesaikan masalah tu sendiri. Mestilah akan hubungi bomba kerana mereka memang terlatih dan ada alat mencukupi.

Kalau nak bakar sarang lebah pulak terutama di kawasan bandar takkan nak memandai bakar sarang tu sendiri? Kalau api tu merebak macam mana?

Jadi jangan nak memandai komen macam tu sebab tak terkena batang hidung sendiri. Lagipun abang bomba memang suka dengan kerja mereka membantu dan menyelamat.

Comments

KiUk said…
betol tu!!!

;D
Ana Zainol said…
kazen ana keje bomba, ade la dy penah cite, org call sbb nak mnx tolong turunkan kucing dy yg panjat pokok tp xreti nk turun balik...:)
Alan Rizque said…
Kalau nak selamatkan kucing atas pokok pun panggil bomba agak teruk la..tapi kat dalam tv hari tu ada tunjuk bomba selamatkan kucing lekat dekat longkang rasanya..

Popular posts from this blog

Sultan Kelantan bakal berkahwin

Dibaham harimau dan singa

Kena pancung kepala

Sultan Osman Gazi pengasas Othmaniyyah

Ustaz berbahas pengikut bergaduh