Korban rakyat

Siapa kisah tentang nasib rakyat kan? Asalkan duit masuk biarlah rakyat terkorban. Tidak cukup dengan penarikan subsidi dan harga barang naik sekarang ini rakyat dihidangkan dengan kilang yang memproses nadir bumi atau rare earth. Yang akan menghadapi kesan radioaktif ini bukannya pemimpin negara di Putrajaya tetapi rakyat pahang di Gebeng Kuantan.

Ya, ada dikalangan mereka yang mengaku 'bijak' mengatakan tidak bahaya pun kilang ni, kesan radioaktifnya terkawal, Malaysia akan jadi negara maju kalau ada kilang ini dan bermacam-macam alasan yang 'bijak' lagi.

Tetapi cuba fikirkan sejenak, kenapa hasil bumi yang diambil daripada Mount Weld Australia ini sanggup meredah lautan untuk diproses di Malaysia? Kalau nak dikira kos semakin mengingkat kan? Sebabnya rakyat Australia memang tidak membenarkan kilang sebegini wujud dinegara mereka kerana mereka tahu akan bahaya dan kesan sampingan. Jadi, siapa lebih bijak? Rakyat Australia ke rakyat Malaysia?

Seperti biasa yang menjadi mangsa buangan toksik dan bahan tercemar adalah negara dunia ketiga? Jadi atas hujah apa mengatakan kalau kilang ini tidak dibuat di Malaysia maka kita tidak akan dipandang negara maju?

Ya, mungkin juga orang kata kita akan dapat hasil cukai daripada kilang ini. Tetapi syarikat Lynas ini dikecualikan cukai selama 12 tahun? Jadi apa faedah yang kita dapat?

Sebenarnya kita diperbodohkan oleh seseorang. Faedah memang rakyat tak akan dapat walaupun seringgit, tetapi orang-orang tertentu yang dapat. Biasalah kan, kecerdikan dan kewarasan kita ini senang dibeli.

Begitulah nasib rakyat negara membangun yang senang digula-gulakan oleh pemimpin negara. Akibatnya generasi masa depan yang kena tanggung. Apa ada pada status 'negara maju' kalau udara tercemar, gejala sosial berleluasa dan jenayah meningkat?

Comments

Shafiza said…
Bila pemimpin lagi pentingkan duit dari rakyat.
burhan al-hilmi said…
dah tengok video ni?

http://www.facebook.com/video/video.php?v=10150214849304873

apa kata kita cadangkan kat PM buat kilang ini kat Pekan, Pahang..kawasan sultan Pahang dgn PM kita..
Alan Rizque said…
Ya Shafiza...

belum tengok lagi burhan al-hilmi..

Popular posts from this blog

Sultan Kelantan bakal berkahwin

Dibaham harimau dan singa

Kena pancung kepala

Sultan Osman Gazi pengasas Othmaniyyah

Ustaz berbahas pengikut bergaduh