Saddam Dikenang Sebagai Hero?

Saya ada terbaca di Facebook tentang satu artikel yang memuji Saddam dan mengatakan jatuhnya Saddam itu disebabkan perancangan Syiah dan barat.
Ya, memang tidak dinafikan ada betulnya dakwaan itu. Tidak dinafikan juga Saddam Hussein ada banyak jasanya secara tidak lansung kepada dunia Islam.

Tetapi kita tidak boleh lupa ada juga kekejaman dan kezaliman yang dibuat sepanjang dia jadi pemerintah.

Kalau kita ingin kenang Saddam sebagai hero Islam kita tidak boleh nilai separuh-separuh. Kena nilai ilmu agamanya, penghayatan agamanya dan amalan agamanya juga. Semua itu boleh dilihat sebab dia seorang pemimpin bukan rakyat biasa.

Kebaikan dan kejahatan itu tidak boleh ada bersama dalam diri pemimpin Islam sebenar.

Sebab itu nak jadi pemimpin Islam yang dikenang hero dan hebat seperti Sultan Muhammad Al-Fateh dan Salahuddin Al Ayyubi ini bukan mudah.

Kena ada ilmu dan amalan agamanya kuat. Kalau nak ambil separuh-separuh akan jadi macam inilah. Senang-senang dimanipulasi barat.

Ya pihak barat dan Syiah memang merancang kejatuhan Saddam. Tetapi kalau Saddam itu sendiri kuat secara dalaman, tentunya bukan mudah untuk dijatuhkan.

Walau apapun, satu je kita kena ingat. Jatuh dan bangkit pemerintahan Islam itu terletak di tangan Allah, bukan barat. Kalau Allah jatuhkan pemimpin tu mesti ada sebab dan kalau Allah naikkan pemimpin itu pun mesti ada sebab atau hikmah yang kita tidak tahu.

Comments

Popular posts from this blog

Sultan Kelantan bakal berkahwin

Apabila agama dipersenda

Negara hidup beragama lebih rendah kadar bunuh diri

Dibaham harimau dan singa

Apabila bapa sanggup noda anak sendiri