Thursday, June 20, 2013

Syiah Sesat Perlu Masuk Silibus

Setuju sangat dengan idea Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor untuk memasukkan silibus tentang Syiah dan bezanya dengan Agama Islam sebenar. Pendedahan peringkat awal ini sangat penting untuk menyelamatkan akidah umat Islam di Malaysia.
Berikut adalah ulasan penuh Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor:
Anak-anak umat Islam harus didedahkan dengan Syiah di peringkat awal lagi untuk menyelamatkan akidah umat.
Maka saya sarankan supaya dimasukkan dalam silibus JQAF (Jawi, Quran, B.Arab dan Fardhu Ain) tentang agama Syiah dan pertentangannya dengan Islam. Untuk peringkat rendah sentuh yang mudah sahaja. Umpamanya ciri Syiah seperti berikut:
1) Memperkenalkan sahabat-sahabat besar Rasulullah SAW dan dedahkan bahawa Syiah telah menghina mereka bahkan mengkafirkan Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA dan Saidina Umar RA. 
2) Perkenalkan Abu Hurairah sebagai sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis Nabi SAW dan Syiah memusuhi beliau.
3) Perkenalkan Aishah RA sebagai seorang ummul mukminin yang faqih (tempat umat Islam bertanya hukum hakam) dan Syiah menuduh Aishah berlaku keji (berzina).
4) Terangkan apa hukum orang yang menuduh kafir para sahabat yang dijamin syurga oleh Allah SWT. 
5) Terangkan apa itu taqiyah berbohong yang menjadi pegangan agama Syiah sedangkan berbohong itu dosa besar dalam Islam.
6) Terangkan apa itu mutaah yang menjadi amalan Syiah sedangkan mutaah itu tidak lain dari perzinaan yang diharamkan.
Untuk pengajian umum/Malaysia pula saya sarankan supaya senarai agama-agama yang dianuti di Malaysia ini diperincikan seperti berikut: 
Ini akan mendedahkan kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam dan Syiah adalah dua anutan yang berbeza (Masukkan keputusan fatwa kebangsaan 1996 yang menghukum Syiah sebagai sesat dan ditolak). Begitu juga 20 fatwa negeri (9 diwartakan dan 11 tidak diwartakan).
- Islam.
- Buddha.
- Hindu.
- Kristian.
- Syiah.
- Bahai.
- Qadiyani.
- agama-agama pribumi yang pelbagai.
Semoga idea ini dilaksanakan secepat mungkin kerana saya sendiri sangat terkejut tengok video yang tersebar yang menunjukkan agama Syiah telah tersebar di dalam Malaysia ini.

Mungkin niat orang yang masuk Syiah itu untuk mendalami Islam tetapi mereka telah tersilap berguru dengan mereka yang sesat. Didoakan semoga mereka yang tersesat itu kembali kepangkal jalan.

No comments: