Saturday, October 12, 2019

Apabila banyak tengok cerita hantu

Malam ini sahaja ada 2 cerita seram yang disiarkan di Astro Citra iaitu Malam Tahlil Suhaila Balik dan Munafik 2 yang berjaya pecah panggung dan pecah rekod dengan kutipan 40 juta.

Mula-mula tengok cerita hantu akan rasa takut menyeramkan siap boleh tutup muka. Bila dah banyak sangat tengok cerita hantu lama-kelamaan akan jadi biasa malah siap boleh gelak.

"Alah bisa tegal biasa."

Sebelum ni pernah tonton satu saluran di Youtube yang bernama FAIZAL ROZI VLOGS yang memaparkan lawatannya di tempat-tempat seram di Malaysia.

"Tak takut ke mamat ni."

Itu persoalan yang bermain dalam kepala.

Rupa-rupanya apabila dah banyak sangat bergelumang dengan benda seperti ini akan jadi biasa malah ada yang ketagih. Kalau tak buat rasa tak sedap badan.

Ada sekali tu tengok kawan suka sangat baca satu laman web seram ni namanya Fiksyen Shasha. Katanya, sekurang-kurangnya akan baca satu cerita sebelum tidur daripada blog seram ni.

Blog ni pula memang aktif kemaskini isi kandungan baru setiap hari.

"Boleh tidur ke lepas baca cerita seram ni?"

Jawapannya memang boleh sebab dah terbiasa kan.

Jadi kalau kita ada rasa takut kepada sesuatu benda tu bolehlah ulang buat sampai jadi biasa.

No comments: