Wednesday, October 23, 2019

Terima kasih DAP

Sejak akhir-akhir ini banyak berlaku perbuatan dan kenyataan yang berbentuk provokasi perkauman daripada pihak pemerintah dan pembangkang.

Kadang kala lebih baik diam daripada melenting tidak tentu hala. Malah banyak terjadi mereka yang diam lebih dihormati daripada yang banyak bunyi seperti tin kosong.

Antara contoh yang pelik lagi aneh ialah tindakan seorang Mahasiswa UM yang buat protes masa masjlis konvokesyen UM.

Contoh kedua ialah beberapa YB DAP yang melenting akibat pengharaman buku komik di sekolah.

Contoh ketiga ialah YB DAP yang merendahkan PM Tun M dan mengatakan tanpa Bersatu pun PH boleh memerintah.

Apa faedah semua tindakan ini melainkan menimbulkan perasaan meluat orang melayu untuk menyokong DAP.

Bayangkan semua tindakan di atas itu tidak berlaku? Tentu orang lebih respek DAP.

Tindakan DAP ini seolah-olah membenarkan kata-kata pembangkang yang mengatakan mereka telah besar kepala. Mereka telah tunjuk belang. Malah ada yang berterima kasih sebab DAP dah tunjuk siapa mereka sebanarnya selepas setahun lebih jadi kerajaan.

Tanpa mereka sedari jika tiada gabungan dengan parti Bersatu, kerusi parlimen DAP yang mereka menang tidak akan sebanyak sekarang sebab tiada undi daripada orang melayu.

Kadang-kadang diam lebih baik daripada bertindak dan berkata-kata yang akan menampakkan kebodohan kita.

Belajarlah daripada BN yang tewas PRU sebab banyak kenyataan mereka masa jadi kerajaan nampak macam bodoh. Sekarang sejak jadi pembangkang mereka nampak lebih cerdik.

No comments: