Thursday, October 24, 2019

Cakap banyak kerja tak jalan


Tidak salah pun untuk seorang YB pandai dan banyak bercakap tetapi sampai kerja tak membuahkan hasil, lama-kelamaan rakyat akan muak.

Tidak berhenti setakat itu malah percakapannya suka menyentuh kontroversi perkauman dan keagamaan.

Satu soalan ingin ditanya, "Takde kerja lain ke?"

Bertimbun masalah rakyat untuk difikirkan dan dibela.

Sepatutnya apabila sudah menjadi pihak kerajaan tindakan dan percakapan perlu lebih bijak.

Segala janji dulu perlu ditunai dan jangan hanya tahu mencari alasan.

Segala hujah membantah kerajaan dulu perlu diselesaikan dan bukan hanya tahu menyalahkan kerajaan sebelum ini.

"Berhentilah mencari kontroversi murahan dengan kenyataan bodoh kamu. Rakyat nak tengok apa tindakan kamu yang dulu masa jadi pembangkang bukan main lagi berjanji manis." kata seorang pak cik.

"Mahu orang suka kamu? Berhentilah bercakap, banyakkan bekerja." kata seorang mak cik.

"Biarkan hasil kerja kamu yang bercakap bukan mulut besarmu." kata sang pujangga.

No comments: