Kadang-kadang kita berjumpa ramai orang dan bermacam jenis orang. Setiap orang ada kerja masing-masing dan ada bisnes masing-masing.
Ada yang cakap, "Jika kau join bisnes ni kau akan kaya. Tak payah jumpa bos kau lagi."
Ada juga yang cakap, "Tak payah kerja, kau melabur jer dalam tut..tut..Pasti kaya."
Setelah aku berjumpa ramai orang dan join banyak benda gak yang hampir semuanya tak berjaya dengan cemerlang. Maka aku mula membaca beberapa buku tentang bisnes.
Kesimpulan yang aku dapat buat ialah:
- Mesti cari apa yang aku mampu dan suka buat, sebab kat situ ada passion aku. Jika lepas ni ada masalah dan cabaran takdelah merungut menyalahkan orang yang ajak kita tu. Dengan passion ni aku jadi lebih kuat dan tabah hadapi apa jer orang kata.
- Jangan mudah ikut orang dan terpengaruh dengan dia. Kalau dia berjaya pun sebab passion dia kat kerja tu. Ya, aku kadang-kadang mudah terpengaruh bila tengok orang pakai kereta besar, rumah besar dan kalau boleh nak buat kerja macam dia. Setelah cuba memang tak berjaya.
Tanya diri dulu, selongkar diri dulu dan fahami diri dulu lepas tu buatlah keputusan kat mana passion kita. Lepas jumpa barulah cari orang yang berjaya dalam bidang yang kita minat dan mampu buat kemudian ikut dia. Ikut dan buat sampai berjaya!
Mulai sekarang, aku takkan mudah terpengaruh dengan sesiapa saja yang datang promosi apa-apa kat aku.
Aku tidak akan membazir masa mengelirukan diri aku dengan ajakan dan hujah mereka. Aku akan tumpukan bidang aku minat dan mampu buat ni sampai aku berjaya dengan cemerlang!
Manusia tidak mampu untuk buat semua benda, carilah satu benda yang kita mampu buat sebab itulah jalan untuk kita berjaya. Sebab itulah kita hidup ni saling memerlukan. Dan kejayaan tu tidak terhad kepada satu bidang sahaja. Ada yang berjaya dalam bidang hartanah, fesyen, restoren, francais, MLM, pelaburan, bisnes dan makan gaji.
Jadi jangan mudah mengatakan hanya bidang ni saja boleh buat kau senang sebabnya mereka berjaya sebab mereka jumpa DIRI mereka!
No comments:
Post a Comment