Sunday, March 20, 2011

Iktibar disebalik bencana Jepun

Bermula gegaran sangat kuat dengan 8.9 skala ritcher, mereka MASIH BERTAHAN
Diikuti arus deras Tsunami; KURANG TAHAN
Letupan reaktor nuklear & radiasi, SUKAR BERTAHAN
Akhirnya, salji pula turun diketika tiada rumah, pakaian, makanan dan elektrik. Itulah ujian yang melanda Jepun. 



Aku sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat Jepun.
Aku juga menginsafi dengan kehebatan kuasa Allah menguji hambanya dengan bencana yang tidak mampu diatasi oleh manusia paling bijak dan bertamadun di Asia iaitu Jepun.



Ya! rakyat Jepun memang hebat. Kebanyakan teknologi terkini semuanya datang daripada Jepun. Kereta Malaysia Proton pun sampai sekarang menumpang teknologi jepun (Proton Inspira). Kreatifnya rakyat mereka sampai kebanyakan bidang mereka ceburi dan kuasai. Mereka adalah rakyat yang tekun, tidak cepat mengalah dan rajin berusaha.

Tetapi, mungkin mereka tidak sedar yang ada lagi kuasa yang lebih hebat daripada mereka iaitu PENCIPTA otak dan tubuh badan mereka. Itulah Allah..

Bencana yang hebat sebegitu rupa bukan saja-saja Allah berikan. Tetapi, ada iktibar disebaliknya. Kita manusia jangan angkuh dengan pembangunan dan teknologi yang kita ada. Maksiat berleluasa seperti zina dan bahan lucah yang tersebar luas dikalangan rakyat juga mungkin menjadi punca ujian ini melanda Jepun.

Kebebasan kita sebagai manusia ada hadnya kerana kita sebenarnya adalah HAMBA. Ya, kita boleh melaungkan kebebasan berfikir dan membuat keputusan tetapi itu hanyalah hubungan antara manusia. Dengan PENCIPTA kita sebenarnya terikat dengan peraturan yang ditetapkan.

Peraturan itu jika dikaji bukan untuk menaniayai manusia tetapi untuk membantu manusia hidup aman bahagia. Hanya PENCIPTA yang tahu mana baik dan buruk untuk sesuatu yang diciptanya.

No comments: