Amerika tersalah bunuh 24 askar Pakistan

Pelik betul apabila Amerika bagitau mereka terslilap serang askar Pakistan yang menjaga sempadan Pakistan dan Afghanistan. Jumlah kematian askar Pakistan seramai 24 orang. Ada bagitau 26 orang.
Dengan kelengkapan perisikan, satelit dan bermacam alat canggih lagi memang pelik apabila alasan serangan ialah 'mereka tersilap'. Tidak logik betul. Mesti ada sebab lain atas serangan itu. Kalau seorang dua yang kena aku boleh terima kalau tersilap. Ini sampai 24 orang meninggal. Macam orang buta menembak pula.

Apapun Pakistan sekarang ini telah menutup laluan sempadan yang menjadi sumber utama saluran bekalan kepada 130,000 tentera Amerika di Afghanistan. Satu lapangan terbang rahsia milik tentera Amerika juga telah ditutup di Pakistan.

Aku dengar cerita askar yang mati tu bukan askar biasa sahaja. Ada diantara mereka memiliki pangkat tinggi dalam ketenteraan Pakistan.

Aku rasa tindakan Pakistan boikot Amerika ini tidak lama sebab alasan utama kenapa Pakistan selalu akur dengan Amerika ialah mereka mahu elak negara Pakistan diserang Amerika. Amerika pula memang dah lama nak serang Pakistan ni. Amerika ugut sikit je lepas ni, akurlah Pakistan tu.

Lagi pula Amerika tidak risau dengan bantuan ketenteraan apabila menyerang Pakistan nanti sebab India akan sudi beri bantuan. Yelah, India dan Pakistan dah lama bermusuh.

Apapun, itulah nasib apabila kesatuan antara negara Islam ini lemah. Senang diperkotak katikkan oleh kuasa besar.

Comments

IHSAN KHAIRIR said…
amerika mmg suka buat ikut suka diorang... >:(
Alan Rizque said…
Sebab dia tahu orang tak lawan balik..
kyo_9 said…
mak aih..
patut kena panggil ke meja pengadilan nih.. bunuh camtu pastu cakap sorry je?
Alan Rizque said…
kyo_9 mereka kan polis dunia. Bagi mereka itu kesilapan kecik jer.

Empayar Utama - Bagi Amerika semua mereka boleh buat.

Popular posts from this blog

Sultan Kelantan bakal berkahwin

Dibaham harimau dan singa

Sultan Kelantan yang baru...

Kena pancung kepala

Fatwa Ulama Dunia Tentang Peperangan Syria