Negara Ini Bapa Dia Yang Punya

Walaupun berpuluh universiti ada di Malaysia dan semakin ramai rakyat yang sudah berpendidikan tinggi tetapi sungguh sayang apabila masih ada pemimpin yang tidak berpolitik secara matang.

Mereka lebih suka berpolitik secara emosi dan seolah-olah ala diktator. Sesiapa yang tidak suka dengan pemimpin dihalaunya keluar negara. Inikah negara demokrasi?

Saya setuju dengan pandangan Profesor Mohammad Agus Yusoff:
Saya terkejut apabila DS Zahid Hamidi yang baru dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri meminta rakyat yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara lain yang menjalankan pilihan raya mengikut sistem yang digemari.
Mengapa DS Zahid boleh mengeluarkan kenyataan sebegini? Apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada? Apakah perlembagaan negara kita menghalangnya? Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan. Tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik. Jika kita akui negara kita adalah negara demokrasi, maka berdemokrasilah secara jujur.
Sebagai menteri, DS Zahid sepatutnya membangkitkan kasih sayang dan semangat patriotik rakyat kepada negara, bukannya mengeluarkan kenyataan sebegini. Sebagai menteri DS Zahid sepatutnya menggunakan masa untuk merancang mengatasi masalah keselamatan, jenayah, social ills dalam negara daripada menyerang rakyat yang mempunyai perbezaan politik dengan parti kerajaan. 
Saya mohon kita semua hentikan kenyataan sebegini hanya kerana kita mempunyai perbezaan politik. Ini adalah tanah air kita bersama. Saya yakin, sebagai rakyat, kita semua mahu terus menyumbang bakti kepada negara kita ini mengikut keupayaan masing-masing, biarpun dalam bentuk yang berbeza. Malaysia adalah negara kita bersama.
- Profesor Mohammad Agus Yusoff -
Jangan bercakap seolah-olah negara ini bapa dia yang punya sebab gaji dia pun dibayar oleh hasil negara milik rakyat.

Jika mahu bercakap pasal halau menghalau ini saya setuju pula dengan Tazkirah Uztaz Azhar Idrus. Kalau kita tidak mahu ikut hukum Allah maka keluarlah daripada bumi Allah ini kerana Dia yang mencipta alam ini. Kalau kita suka buat kejahatan seperti menipu rakyat, rasuah dan korupsi silalah keluar daripada bumi Allah dan cipta bumi sendiri kalau rasa diri itu hebat sangat.

Comments

Popular posts from this blog

Sultan Kelantan bakal berkahwin

Dibaham harimau dan singa

Apabila agama dipersenda

Sultan Kelantan yang baru...

Tunku Minta Melayu Hapuskan UMNO