Cara paling mudah mendapat pertolongan ialah dengan bermain emosi seseorang, menagih simpati sehinggalah seseorang itu sanggup membantu.
Kalau sebelum ni ada yang berlakon jadi pengemis sampai kaya. Cara ini sebenarnya sudah dikira ketinggalan zaman.
Ada beberapa cara baru yang lebih POWER yang diceritakan rakan Facebook. Antaranya:
- Seorang lelaki datang ke kedai secara rawak dengan muka kesian dia bagitau dalam kesusahan beg duit dicuri tanpa sedar masa naik LRT. Jadi dia perlukan sedikit duit untuk beli tiket pulang ke rumah. Bila sampai rumah dia akan bayar balik dengan Bank In ke akaun empunya kedai itu.Atas dasar simpati pemilik kedai itu pun bagilah duit dan minta nombor telefon dia. Esoknya pemilik kedai cuba hubungi lelaki itu tetapi yang menjawab dihujung talian ialah seorang India. Rupanya kena tipu.
- Mendakwa dirinya seorang pelajar agama di luar negara biasanya Mesir dan sekarang dalam proses untuk mengumpulkan dana sambung belajar.Muka kesian dengan pakaian jubah serban menampakkan kewarakan jadi ramailah yang menghulurkan derma. Rupanya bila diperiksa lelaki itu seorang penipu.
- Si penipu dapatkan nombor mangsa yang pernah membuat kursus, seminar dan program secara terbuka kepada orang ramai. Nombor mungkin diambil daripada Facebook atau Flyers yang diedar.Penipu telefon beritahu yang dia pernah hadiri program yang dianjurkan mangsa. Disebabkan maklumat program dan penceramah itu dipromosikan secara terbuka, jadi mangsa seolah-olah kenal dengan penceramah dan berjaya pengaruhi penceramah.Penipu beritahu sekarang ini dia ada di negeri lain kerana ada melawat kematian ahli keluarga. Nak dijadikan cerita Isterinya sekarang baru sahaja lepas bersalin di hospital. Jadi dia kesempitan wang untuk pulang ke KL. Dia minta jasa baik penceramah untuk meminjam wang RM70 untuk bekal minyak kereta.Anaknya yang baru lahir sekarang sedang mengunggu di dalam kereta. Mengikut pengakuan mangsa memang ada dengar suara budak menangis dalam telefon. Mungkin dirakamnya.Oleh kerana simpati, penceramah tadi terus Transfer duit ke nombor akaun yang diberikan. Mungkin ada mangsa yang Transfer duit lebih sebab kesian kan? Selepas penceramah menceritakan di Facebook amal yang telah dibuatnya itu, barulah dia sedar yang dia rupanya kena tipu.
Begitulah secebis kisah masyarakat yang semakin kreatif melakukan jenayah dan penipuan untuk menjadi cepat kaya, malas bekerja dan mahu dapat duit mudah.
Sebab itulah lebih elok jika kita siasat dahulu latar belakang sebelum memberikan derma kepada seseorang. Zaman sekarang maklumat dihujung jari.
Ustaz juga pernah berceramah yang lebih afdal kita menderma kepada ahli keluarga, kawan-kawan dan jiran tetangga sebab kita kenal latar belakang mereka.
Semoga kita semua tidak menjadi mangsa dan pemangsa.
Ustaz juga pernah berceramah yang lebih afdal kita menderma kepada ahli keluarga, kawan-kawan dan jiran tetangga sebab kita kenal latar belakang mereka.
Semoga kita semua tidak menjadi mangsa dan pemangsa.
No comments:
Post a Comment