Kisah

Kisah manusia yang berjiwa muda dan bebas...

Monday, August 30, 2010

Pelombong emas di Chile

33 orang pelombong emas di Chile masih hidup selepas 17 hari terperangkap di bawah runtuhan lombong sedalam 688 meter. Sebuah nota dihantar balik oleh pelombong melalui paip sebesar 4 inci kepada penyelamat di atas. Apa yang menyedihkan ialah mereka terperangkap sedalam 688 meter dan usaha mengorek lubang untuk manusia telus melaluinya mungkin memakan masa selama 4 bulan!

Laporan awal mengatakan yang semua pelombong tidak terselamat dalam tragedi itu, namun selepas probe yang dihantar melalui lubang sebesar 4 inci, mereka mendapat nota daripada mangsa yang mangatakan semua terselamat tetapi terperangkap.

Gambar daripada AP menunjukkan kawasan perkhemahan keluarga pelombong yang setia menunggu berita



Kegembiraan keluarga pelombong selepas mengetahui semua masih hidup

Presiden Chile gembira sambil menunjukkan nota yang dihantar pelombong

Melalui lubang berdiameter 4 inci itulah penyelemat dan pelombong berhubung. Ada rakaman video dihantar pelombong untuk tatapan ahli keluarga mereka yang setia menunggu di atas.

Gambar menunjukkan keadaan pelombong bawah tanah

Antara mangsa runtuhan lombong

Walaubagaimanapun, usaha untuk mengorek lubang yang lebih luas untuk telus seorang manusia melaluinya mengambil masa lebih kurang 4 bulan dengan teknologi pengorek paling maju daripada Australia iaitu model Xtrata 950. 

Pengorek canggih yang baru sampai untuk operasi menyelamat


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...