Saturday, July 14, 2012

Infinity Downline hidup lagi?

Lebih kurang 2 tahun lepas Infinity Downline muncul di persada bisnes internet di Malaysia. Masa tu ada kawan-kawan aku yang agak berkaliber sertai bisnes ini. Aku hampir terpengaruh untuk sertai tetapi oleh kerana sebelum  ini pernah kena tipu jadi aku kaji betul-betul bisnes ini.

Setelah berjumpa dan bertanya senior dalam bidang bisnes internet ini maka respon yang aku dapat cukup negatif. Pada masa itu juga blog rujukan hukum halal haram terutama dalam bisnes dan pelaburan zaharuddin.net tengah hangat. Jadi aku rujuk di situ dan mujurnya ada orang bertanya Ustaz Zaharuddin tenteng ID (infinity downline).

Kesimpulan jawapannya adalah haram kerana apa yang dikatakan bisnes itu sebenarnya tidak menjual produk tetapi lebih kepada 'head hunting'.

Pada masa itu aku bertekak dengan seorang kawan dan mujur akhirnya dia insaf dan keluar daripada bisnes itu.

Aku ingatkan bisnes ini sudah mati rupanya tidak. Aku agak terkejut kerana ada seorang kawan baru di Facebook mempromosikan bisnes ini. Sekarang mereka lebih canggih menipu dengan memasukkan gambar duit gaji untuk mengaburi mata orang ramai. Siap tipu buat banyak akaun Facebook lagi.

Teruknya perkara ini sampai tahap ada hamba Allah yang buat Fan Page menentang Infinity Downline. Laman ini bertujuan membongkar habis-habisan Scam ini dan mengumpulkan mangsa untuk dijadikan iktibar masyarakat.

Ini antara pengakuan mangsa dalam FB Page itu:
Tidak salah untuk mencari kekayaan tetapi biarlah dengan cara yang betul takut nanti menjejaskan keberkatan anak cucu. Jangan pentingkan diri sendiri sahaja. Di dunia kita mungkin hidup mewah tetapi bagaimana di akhirat?

3 comments:

Unknown said...

Ouh. Mcm tu rupanya. Thanks for sharing :)

Alan Rizque said...

Sama-sama..

Unknown said...

Sy pun terkena....sy daftar Rm100 infinity downline bwh kawan sy.... satu sen pun xdpt.. dorg ajar ambil gmbr duit gaji sendiri utk mgaburi mata smua org...