Sungai yang dipenuhi sampah sangat kotor dan jijik |
Mungkin ada orang kata, "Alah, aku buang pembalut makanan jer kat dalam sungai, takde kesan pun".
Cuba bayangkan kalau semua 28 juta penduduk Malaysia berfikir macam tu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Itulah yang kita rasa sekarang. Paling teruk, penduduk pinggir sungai ambil mudah dengan sistem pelupusan sampah mereka dengan buang ke dalam sungai. Aku pernah lihat dengan mata kepala aku sendiri. Maka, tak hairanlah sungai negara kita semakin tercemar.
Cuba tengok gambar di bawah:
Sungai yang nyaman dan segar |
Nampak kuning tapi bersih, kuning sebab lumpur dasar sungai. Sungai sebegini syok memancing. |
Apabila ditanya mahu tak sungai macam ni? semua cakap mahu. Tetapi kebanyakan tidak mahu berubah sikap untuk tidak buang sampah ke dalam sungai.
Hanya mereka yang sanggup berubah jer boleh kecapi nikmat alam semulajadi.
No comments:
Post a Comment