Friday, September 17, 2010

Sultan Kelantan yang baru...

Cerita hangat tentang institusi raja di Malaysia sekarang ialah berkenaan dengan Sultan Kelantan yang baru iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra. Rata-rata komen rakyat kelantan sangat positif terhadap baginda memandangkan baginda digelar Sultan yang berjiwa Rakyat.

Gambar-gambar yang aku ingin kongsikan di bawah mampu untuk menceritakan segala-galanya terhadap keperibadian baginda Sultan Kelantan. Gambar ini diambil oleh Topeng Perak Unmasked.

Menteri Besar Kelantan yang digelar Tok Guru berada di belakang Baginda(berjubah dan berkopiah) yang bersalaman dengan rakyat jelata
Setelah Baginda Sultan perasan Tok Guru berada di belakang, maka terus Baginda menjemput untuk bersama dihadapan bersalaman dengan rakyat jelata
Tok Guru Menteri Besar dengan malu-malu mungkin terkejut dengan layanan yang diberikan Sultan Kelantan kepadanya. Orang sekeliling juga nampak terkejut
Akhirnya semua orang akur dengan kehendak Sultan dan menyuruh Tok Guru berada sebarisan dengan Sultan untuk bersalaman dengan rakyat jelata
Berdirilah 3 orang pemimpin Kerajaan Kelantan bermula dari kanan Sultan Kelantan Tuanku Faris Petra, Adinda baginda Bendahara Kelantan  Tengku Faiz Petra dan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Aziz.
Tidak kira tua,muda, miskin dan kaya semua beratur ingin bersalaman dengan pemimpin negeri yang berhati rakyat dan takutkan Allah.

Gambar ini ditangkap selepas selesai solah jumaat di masjid negeri Masjid Muhammadi Kota Bharu. Gambar ini sungguh membuatkan aku tersentuh. Tidak cukup dengan kepelikan Sultan yang berpakaian berjubah biasa dan ditambah lagi dengan layanan Sultan yang memuliakan Menteri Besar Kelantan yang digelar Ulamak dan lebih tua daripadanya. Seumur hidup, aku tidak pernah jumpa dan lihat Sultan yang begini di Malaysia.

Malahan adinda baginda Bendahara Tengku Faiz Petra juga berpakaian bagai seorang imam. Pada mulanya aku sangkakan individu itu imam besar masjid, rupanya Tengku Bendahara Kelantan.

Bertuah bumi kelantan, dirahmati dengan pemimpin dan rakyat yang cintakan Islam. Hasilnya, suasana yang cukup lain daripada yang lain. Aku menantikan banyak lagi kejutan yang akan dibuat oleh Negeri ini yang sekarang dipimpin oleh Sultan yang berjiwa rakyat yang dekat dengan Tuhannya.
Allahuakbar!

No comments: