Saturday, September 18, 2010

Super Star - Supermokh

Aksi Allahyarham Mukhtar Dahari
Siapa yang tidak kenal dengan Allahyarham Mukhtar Dahari penyarung Jersi nombor 10? Lagenda pemain bola sepak Malaysia yang mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Jom tengok antara pencapaian beliau yang masih belum dipecahkan rekod:


1975 - Malaysia lawan Arsenal menang 2-0. Kedua-dua gol dimasukkan oleh Mokhtar.

1978 - Malaysia lawan England Natianal Team B. Seri 1-1. Gol Malaysia disumbangkan oleh Mokhtar.

1979 - Malaysia mendapat Pingat Emas dalam Sea Games.

1982 - Mengetuai Selangor FA melawan Boca Juniors dalam perlawanan persahabatan. Supermokh jersi nombor 10 bertemu Diego Maradona juga jersi nombor 10

Mengetuai Selangor memenangi Piala Malaysia sebanyak 10 kali dengan jaringan keseluruhan sebanyak 177 gol. Manakala jaringan keseluruhan untuk perlawanan antarabangsa sebanyak 125 gol.

Menjulang Piala Malaysia

Itulah antara pencapaian yang boleh mengambarkan lagenda pemain bola sepak negara Supermokh. Beliau bagaimanapun meninggal dunia pada tahun 1991 yang pada ketika itu berumur 37 tahun. Punca kematian kerana menghidap penyakit Motor Neuron Disease.  

Kehebatan Mokhtar tidak lain dan tidak bukan adalah kerana minat dan kesungguhannya dalam bermain bola. Beliau tidak mengharapkan ganjaran wang semata-mata. Beliau berlatih dengan ekstrim untuk menjadi seorang Superstar. Sejarah ini membuktikan yang kita rakyat Malaysia mampu ke persada dunia. Apakah punca atlet kita dalam kebanyakan sukan amat lemah? adakah kerana kita terlampau dimanjakan dengan ganjaran dan keistimewaan yang diberikan kepada atlet? Semuanya boleh terjawab jika anda mengkaji hidup Moktar Dahari.

No comments: