Semalam hampir sehari suntuk aku hadapi masalah internet. Jadi tak dapatlah nak update blog ni walaupun ada cerita yang aku ingin kongsi..
Ce Citer..ce citer..(pengaruh Hantu Kak Limah)
Macam ni, semalam aku ada tertengok rancangan Semanis Kurma (tertengok sebab masa tu iklan kat NTV7). Kisah kali ni memang agak tragis bagi aku.
Rahimah (bukan nama sebenar sebab tak ingat nama sebenar) telah mengadu yang dia telah ditinggalkan suami tanpa memberi nafkah zahir apatah lagi batin selama lebih 4 bulan.
Dia ditinggalkan suami kerana suaminya ada hubungan sulit dengan kawan rapatnya yang juga adik angkat suaminya..Lebih teruk lagi suaminya sekarang ini bersekedudukan dengan kawannya itu. Sebenarnya kawan yang juga adik angkat suaminya itu sudah berkahwin tetapi kerana tergila-gilakan suaminya maka diminta cerai dengan suami asal.
Hubungan sulit ini terjalin semasa Rahimah dalam pantang selepas melahirkan anak bongsu mereka.
Tanpa kahwin mereka telah duduk sebumbung dan Rahimah telah laporkan kepada Jabatan Agama.
Ahli panel ada memberi pandangan suruh Rahimah minta fasakh dengan suaminya kerana perbuatannya memang melampau. Tetapi jika Rahimah masih sayangkan suaminya maka kena laporkan kepada Jabatan Agama untuk dibantu.
Sedih kan cerita ni. Kawan makan kawan, bergelumang dalam dosa. khianati pengorbanan isteri dan sebagainya.
Apa yang aku perhatikan, benda buruk ni sebenarnya boleh dielakkan jika kita nekad mengatakan kepada diri sendiri TIDAK MAHU!
Tidak mahu curang..
Tidak mahu menggatal..
Tidak mahu melakukan dosa..
Tidak mahu melakukan dosa..
dan juga SEDAR!
Sedar yang nikmat dunia ni sementara sahaja, nikmat sebenar di akhirat..
Sedar yang agama yang kukuh dan doa berpanjangan sahaja dapat menjauhkan keluarga daripada fitnah..
Sedar yang suami atau isteri kita ni besar pengorbanannya kepada kita..
Maka segala pintu maksiat durjana akan tertutup!
7 comments:
nice entry..
btw.. word verification ni agak meyusahkan dan boleh mengurangkan minat orang lain tuk tinggalkan komen..
hanya pendapat.. :)
subhanallah...mcm² jenis org ade zaman sekarang kan? kite mampu berdoa agar dielakkan dari yg tidak diingini berlaku je..
meh ke rumah..
~mahu gigit²~
keep in touch ye..♥♥♥
kesian akak rahimah tu, kejamnya laki dia n kawan rapat dia, dah mcm cite 'mantera anjasmoro' plak. apa pun sama2 kita doakan kak rahimah tu tabah jalani dugaan ni
Terima kasih Biey..saya dah off word verifications..
Dda Ly, ya..kita perlu bersyukur jika ujian yang kita terima ni tak seberapa jika dibandingkan dengan orang lain..
Ya, memang kesiand an terkejut dengar cerita ni ilanilyana..
Ish! Sanggup dia bercerai dengan suami sebab tergila-gilakan suami orang. Dia tak fikir ke apa yang Rahimah rasa?
Entri terbaru : Segmen | Kalau Aku Ada Bakat Aku Nak Jadi ..... :)
erm..
kalau hidup berlandaskan panduan yg Allah dah gariskan insyaAllah sume bnde ni x berlaku..
sume sbb nafsu semata2..
Ya Arol Mubin dan Hana..semuanya gara-gara pentingkan nafsu daripada agama dan keluarga..
Post a Comment