Wednesday, May 25, 2011

Fenomena alam atau bala?

Gempa bumi diikuti tsunami, reaktor nuklear yang bocor dan salji turun dikala tiada elektrik. Semua ini berlaku di Jepun yang muda-mudinya terkenal dengan kebebasan sosial yang agak melampaui batas seperti seks bebas dan video lucah. (sumber:Wikipedia)

Dilaporkan sebanyak 875 tornado yang melanda Amerika Syarikat (US) sepanjang 2011 dan meragut  499 nyawa. Siapa yang tidak kenal negara Amerika yang sosialnya sangat bebas malah menjadi perancang utama peperangan di kebanyakan negara-negara Islam terutama timur tengah. Amerika juga penyokong utama golongan penyembelih Zionis di Israel. (sumber:Wikipedia)

Bala boleh membawa 2 makna iaitu ujian atau balasan buruk. Jika bala dikenakan kepada orang Islam maka itu membawa makna ujian untuk menguji keimanan hambaNya. Jika bala dikenakan kepada orang bukan Islam maka itu membawa makna balasan buruk ke atas kerosakan yang dilakukan atas muka bumi.

15 sebab turun bala:

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu: 
  1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja. 
  2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa). 
  3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri. 
  4. Apabila suami terlalu mentaati isteri. 
  5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing. 
  6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri. 
  7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising. 
  8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid. 
  9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka. 
  10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya. 
  11. Apabila arak menjadi minuman biasa. 
  12. Apabila lelaki memakai sutera. 
  13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki. 
  14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik. 
  15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu. 
Maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi. (Sumber aku ambil di sini)

Hadis ini aku dengar masa khutbah jumaat sebelum ni. Hari ini baru berkesempatan untuk kongsi dengan semua.

Umat Islam berperang dengan penceroboh dan pembelot di negara masing-masing dan orang bukan Islam berperang dengan bencana alam yang dihantar Allah.

Walaupun seseorang itu bukan penganut Islam jangan sesekali melakukan perkara yang diluar batas kemanusiaan seperti seks bebas dan seks luar tabii kerana semua itu membawa murka Pencipta.

5 comments:

Unknown said...

peringatan utk kita semua

GamUHU said...

peringatan akhir zaman.

http://keleboqmaneh.blogspot.com/2011/05/tujuh-kalimah.html

Mr. Asada said...

sama-sama beringat. semoga dijauhkan dari segala bala bencana.

Hakeem Yusof said...

yup .

Alan Rizque said...

Semoga kita mendapat peringatan dikala alpa dengan nikmat dunia..