Kalau betul penyokong Bersih bencikan keamanan

Aku kadang-kadang naik hairan apabila pihak media kerajaan dan beberapa pihak lain mendakwa perhimpunan Bersih ini boleh bawa huru hara kepada negara. Jadi polis terpaksa menghuraikan perhimpunan itu dengan cara tersebut.

Apa yang aku nampak para penyokong Bersih ini sebenarnya sukakan keamanan melalui beberapa sebab:
  • Kalau mereka nak buat huru hara mereka tidak akan tunggu hari perhimpunan tetapi buat secara senyap dengan mengebom tempat awam. Tetapi Bersih ini siap buat pengumuman dan jaminan untuk tidak buat huru hara.
  • Kalau betul ada botol berisi minyak dan parang yang ditemui pihak polis seperti laporan berita dalam TV kenapa pada hari kejadian tidak ada seorang pun penyokong Bersih yang ditangkap kerana senjata tersebut malah mereka ditangkap hanya kerana membawa garam dan memakai baju kuning.
  • Tiada satu laporan pun tentang kebakaran kereta mahupun premis di KL akibat perbuatan penyokong Bersih.
  • Walaupun ada anggota polis yang menyepak dan menerajang orang ramai yang tiada senjata tetapi tiada tindakan balas daripada penyokong Bersih yang ramai. Kalau nak kira perbezaan bilangan antara kedua pihak, apalah sangat dibandingkan dengan bilangan anggota polis yang sedikit. Sebabnya mereka ini tidak mahu cari gaduh dan sukakan keamanan.
Semua tindakan penyokong Bersih membuat perhimpunan secara aman malah tidak melawan balas tindakan kejam sesetengah anggota polis ini membuktikan mereka memperjuangkan kebebasan demi keamanan negara untuk generasi masa depan.

Comments

Orang Kampung said…
betul.. tu jugak yg trlintas di fikiran aku.. huhu
Kaoshi said…
setiap org ada pandangan sendiri, dan bagi saya: Polis yg buat kacau. Mereka datang jalan2 terpekik-melolong yang polis datang terajang mereka pun pehal? Tngok Marina Mahathir, A Samad Said, Ustaz Zamri TV3 ikut BERSIH sbgai contoh: mereka sempoi je jalan2 pakai baju kuning, ikut perarakan. Maaf kalau menyinggung, tapi semua ada pandangan sendiri kan??

Blog Saya: Kaoshilogy
Alan Rizque said…
Mungkin ramai yang terlintas macam Orang Kampung..

Sangat setuju dengan Kaoshi..

Popular posts from this blog

Sultan Kelantan bakal berkahwin

Apabila agama dipersenda

Negara hidup beragama lebih rendah kadar bunuh diri

Dibaham harimau dan singa

Apabila bapa sanggup noda anak sendiri