Ramai dikalangan kita yang merasa gah apabila disebut tentang populasi umat Islam yang ramai di seluruh dunia. Mengikut statistik penganut agama Islam seramai 1.6 Billion berbanding 6.8 Billion orang populasi dunia. Berada ditepat kedua selepas agama Kristian.
Tetapi hakikatnya umat Islam adalah golongan minoriti jika diambil kira faktor ini:
- 1.6 Billion daripada 6.8 Billion orang adalah dikira sikit.
- Pecahan pula yang menganut Syiah daripada 1.6 Billion.
- Pecahan pula yang menganut Tarikat yang sesat daripada 1.6 Billion.
- Pecahan pula yang membuat dan menganut ajaran Islam sesat daripada 1.6 Billion.
- Pecahan kepada golongan anti hadis daripada 1.6 Billion.
- Pecahan pula kepada Islam Liberal daripada 1.6 Billion.
- Pecahan pula kepada Islam pada nama dan IC tetapi dalam hati mereka tidak percayakan tuhan daripada 1.6 Billion.
Jika dikira dengan teliti panganut agama Islam yang betul-betul mengamalkan agama Islam sebenarnya adalah sikit dan minoriti.
Maka betullah sabda Rasulullah Muhammad SAW.
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".
- H.R. Muslim
Malah Islam juga mungkin asing dikalangan penganutnya sendiri. Sebabnya ada setengah kita memandang serong malah ketinggalan zaman jika kita mengikut ajaran Islam sebenar contohnya dalam kes bertudung.
Itulah hakikat kita sekarang. Wallahua'lam.
3 comments:
perkongsian yang baik..terima kasih
Kena sangat berhati-hati sekarang ni. Ajaran sesat mudah tersebar.
Sama-sama Imanshah..
Ya betul KL Blogger, entah kenapa ajaran sesat mudah sangat tersebar..mungkin ramai manusia yang dahaga rohani mereka..
Post a Comment