Friday, August 5, 2011

Tak perlu nak mengutuk Islam

Hari ni dah masuk hari kelima puasa. Sudah berapa banyak kita baca Al-Quran?

Sehari dua ni kepala dan otak dipenuhi dengan pendedahan golongan yang mengutuk Islam. Entah apa punca yang membuatkan mereka begitu membenci Islam.
Malah dalam facebook ada sebuah group yang aku jumpa mereka tanpa segan silu mengaku seorang Melayu yang dulunya Islam tetapi sekarang ni sudah jadi Atheist.

Mereka sudah tidak percayakan wujudnya Tuhan terutama selepas belajar sains dengan mendalam. Mereka juga tidak percayakan hidup selepas mati. 

Bagi aku apa guna aku hidup atas dunia ini jika tiada kehidupan selepas mati. Lebih baik aku buat jahanam dan segala kejahatan sebab bukannya dapat balasan apa pun selepas mati kelak.

Sebab itulah kalau kita tengok fahaman Atheist yang menyokong teori evolusi ini banyak membawa kerosakan kepada dunia. Siapa yang kuat dia yang dapat hidup, yang lemah diketepikan.

Jika manusia tidak percayakan Allah maka tidak sedikit pun merugikan dan melemahkan Allah malah manusia berada dalam kerugian.

Bagi aku cukuplah aku melihat tubuh badan dan jari jemariku dapat bergerak elok untuk aku yakini wujudnya tuhan. Penciptaan diri aku ini pun satu keajaiban bukti kewujudan tuhan.

Setakat mana hebatnya manusia kalau setakat tidak mampu buat walaupun satu sel?

Ya Allah, kekalkanlah aku dalam kepercayaan agamamu ini sampai mati dan biarlah aku mati dengan sebaik-baik pengakhiran. Ameen!

5 comments:

SiS NaD said...

Salam...

Itulah yang dinamakan dunia akhir zaman....

Bulan Ramadhan tahun ni tak dapat nak khatamkan al-Quran macam tahun lepas.... :(

Wadi AR said...

pemikiran terlebih maju kot bro alan

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

risau dengan dunia skrg nie, byk yg nk mnjtuhkn islam :(


Ramadhan datang tapi........

haryzkhairuddin said...

itulah namanya pengulangan sejarah. bukan ke setiap zaman pasti ada golongan2 yg x percaya wujudnya Tuhan. sebab tu Allah utus Rasul2 utk beri peringatan.

kalau orang2 yg cakap ilmu sains & teknologi dorang dah hebat, cuba suruh dorang cipta satu robot yang sebijik macam manusia.

Alan Rizque said...

Masih sempat lagi nak khatam Quran Sis Nad..

Entahlah Wadi AR..susah nak cakap apabila manusia merasakan diri mereka sangat bijak..

Ya Cintabunga..mereka seolah-olah takutkan Islam..

Ya, sudah tentu mereka tidak akna mampu Haryz Khairuddin...