Saturday, December 3, 2011

Amerika risaukan keselamatan Israel

Amerika memberi peringatan kepada Israel supaya membina hubungan baik dengan Turki dan Mesir. Israel juga ditegur supaya menjayakan proses pendamaian dengan Palestin. Ini adalah bukti yang Amerika risau akan keselamatan Israel yang dikelilingi oleh negara Islam.

Hubungan Israel Turki menjadi tegang selepas Israel membunuh rakyat Turki yang menyertai misi bantuan kemanusian Palestin.

Mesir pula dalam pilihanraya baru-baru ini menunjukkan tanda positif yang parti Islam Ikhwanul Muslimin akan menang besar dan mengetuai kerajaan Mesir selepas ini.

Dua berita ini cukup mengusarkan Amerika tentang masa depan Israel di rantau itu. Ini tidak termasuk lagi beberapa keadaan kebangkitan rakyat di negara yang agak hampir dengan Israel. 

Israel sedar akan kelemahannya jika tiada sokongan pemimpin boneka di negara Islam sekitarnya.

2 comments:

Unknown said...

takut kena serang dgn negara jiran..
kalau smua dh x jdi boneka mereka..israel ni mcm kena kepung la jadinya..

Alan Rizque said...

Iya Hazmi Anas..Itu yang merisaukan mereka..