Ramadhan semakin mendekati kita. Diharapkan agar Ramadhan kali ini dapat mendidik kita untuk mendekati Al-Quran dengan lebih rapat.
Di sini dikongsikan cara untuk cari muka surat dalam Al-Quran dengan mudah iaitu menggunakan sedikit formula matematik.
Tip yang nak dikongsikan ini sebenarnya cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran. Jom sama2 kita belajar!
Contoh 1:
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa formulanya 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan nombor 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82. Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2:
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan nombor 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182.
Contoh 3:
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan nombor 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442.
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan-kawan? Sama-sama kita kongsikan perkara ini kepada kawan-kawan kita, adik beradik kita dan saudara mara kita supaya sama-sama mendapat manfaat dan pahala.
Sumber: Facebook
2 comments:
subhanallah..
info yg menarik..
Kongsi-kongsikan..
Post a Comment