Hidup jadi lesu, tertekan dan semua perkataan yang keluar dari mulut adalah negatif.
Ada saja benda yang tidak kena dengan kehendak kita terus mencarut dan mencaci.
Bangun daripada tidur, diri melangkah tiada semangat.
Ada kawan FB bagitau yang Drama Melayu melemahkan mindanya. Sentiasa fikir keburukan dan negatif.
Drama melayu membawa aura emosi negatif dan jahat ke dalam dirinya.
Dia bagitau juga hidupnya jadi lebih positif selepas berhenti menonton drama melayu.
Ya drama melayu!
Katanya lagi, rupanya selama ini drama melayu banyak mempengaruhi dirinya tanpa sedar untuk memandang semua benda bermasalah dan negatif.
Boleh sampai tahap benda baik pun tidak semena-mena bertukar menjadi buruk.
Dendam dan benci menjadi makanan harian.
Itu belum termasuk perasaan marah membuak-buak jika pelakon jahat keluar di kaca TV.
Bayangkan setiap hari kita bangkitkan emosi dan rasa marah, dendam dan benci melalui drama TV. Kau rasa selepas sebulan apa jadi? Kalau setahun? 10 tahun? Bayangkan.
Ya, betul drama melayu ada positifnya tetapi dalam berbelas episod drama itu hanya satu ke tiga episod sahaja gembira dan positif?
Ini hanya testimoni berdasarkan pengalaman dia. Kalau nak tahu kesannya boleh cuba sendiri.
Cubalah sebulan. Gantikan dengan aktiviti membaca atau tengok dokumentari.
Tuesday, August 1, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Aku ada terbaca berita yang mengatakan Sultan Kelantan atau dikenali sebagai Sultan Muhammad V akan berkahwin tak lama lagi. Mesti dah ada c...
-
Kali ini aku ingin berkongsi gambar dan video tragedi ngeri yang menimpa penjaga Zoo di Singapura dan luar negara. Gambar dan video ini aga...
-
Aku teringat satu ketika dahulu pernah berbual dengan seorang warga Pakistan yang bekerja di KL ni tentang Taliban dan Osama Laden. Apa ya...
-
Cerita pancung kepala ini berlaku di Arab Saudi yang menjalankan hukum hudud. Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz. Mengikut beliau, pad...
-
Jika bercerita berkenaan Sultan Brunei mesti terlintas kehebatan kekayaannya dan kemakmuran negaranya yang rakyat kebanyakannya terdiri d...
No comments:
Post a Comment