Monday, November 11, 2019

Kenapa apabila jadi kerajaan pemimpin nampak kurang cerdik?

Semasa jadi pemimpin pembangkang, semua kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PH nampak Power lagi mengagumkan.

Segala hujah nampak macam fakta yang tepat.


Pada masa BN jadi kerajaan, kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin mereka nampak kelakar sehingga  boleh menjadi bahan lawak.

Anehnya, apabila betukar kerajaan dengan parti pemerintah lain perkara sama masih berlaku,

Pemimpin pembangkang BN seolah-olah nampak bijak berhujah di media sosial. Ini boleh dilihat di FB bekas PM Najib Razak. Pengikutnya semakin bertambah sehingga melebihi pengikut PM sekarang Tun Mahathir.

Setiap hari Najib Razak akan kemaskini status yang nampak bijak dan betul menyebabkan semakin ramai rakyat bersimpati.

Perkara sebaliknya berlaku kepada pihak pemerintah iaitu Parti PH.

Kebanyakan pemimpinnya mengeluarkan perkataan dan bertindak lucu.

Contohnya kes kasut sekolah warna hitam. Anwar Ibrahim yang telah menjadi ahli parlimen diam membisu untuk kebanyakan isu semasa.

Pemimpin DAP pula tidak putus dengan kerenah menimbulkan isu yang tidak perlu melalui tindakan dan kenyataan di media sosial.

Yang paling menyedihkan di saat rakyat bergelut dengan kos sara hidup, banyak pula peraturan baru yang dicipta Menteri yang akan membebankan lagi rakyat. Contohnya isu pemandu Grab dan terkini mewajibkan penggunaan kerusi khas untuk kanak-kanah dalam kereta.

Kenapakah ini terjadi?

Adakah ini badi sumpahan apabila jadi pemerintah?

Ada beberapa jawapan manrik tentang fenomena ini antaranya:
  • Tiada pengalaman menjadi pemerintah. Ini dapat dilihat perbezaan antara PM Tun Mahathir dengan menteri lain.
  • Dipergunakan pegawai kementerian yang masih menyokong kerajaan terdahulu.
  • Tidak mahu mendengar nasihat pegawai di kementerian yang banyak pengalaman, Lebih suka ikut kepada sendiri.
Walau apa pun alasan sebagai bekas pemimpin pembangkang yang hebat sebelum ini sepatutnya mereka tahu dimana keutamaan untuk menyelesaikan masalah rakyat yang mendesak iaitu kos sara hidup yang semakin meningkat.

Jangan pula pilih jalan mudah untuk nampak mereka buat kerja tanpa mereka sedari telah membebankan rakyat yang telah menyokong mereka di PRU14.

No comments: