"Engkau ni Wahabi!"
"Engkau ni Munafik!"
"Engkau ni penunggang agama!"
"Engkau ni penjilat DAP!
Ini adalah antara label yang biasa didengar di kalangan penyokong politik dan kumpulan agama.
Melabel juga boleh bertindak sebagai penutup ketika berhujah apabila kita rasa nak kalah ataupun sudah malas untuk terus berhujah.
Dengan melabel pihak lawan, isi hujah sudah tidak berguna tetapi lebih kepada bergaduh tanpa manfaat.
Macam budak-budak bergaduh, mereka lebih suka beremosi mengelarkan kawan dengan pelbagai gelaran yang tidak disukai. Akhirnya berlakulah tumbuk menumbuk melibatkan fizikal.
Aktiviti melabel ini sebenarnya tidak sihat untuk manusia yang bertamadun. Cuba tengok negara maju mereka lebih meraikan perbezaan pandangan. Berpidato, berforum adalah perkara biasa dengan memfokuskan isi hujah daripada emosi.
Jadi pendengar boleh memilih siapa yang mereka mahu ikut.
Malah tiada istilah menang kalah dalam berhujah kerana apa yang kita percaya akan ada orang lain percaya dan akan ada orang yang tidak bersetuju.
Manusia ini berbeza citarasa dan cara berfikir jadi janganlah pelik jika ada orang yang tidak bersetuju dengan kita.
Malah dalam Islam juga ada perbezaan pandangan dikalangan Ulama. Empat Mazhab dalam Islam juga memberi pilihan untuk umat Islam pilih nak ikut yang mana.
Kesimpulannya, marilah kita bersikap matang dan meraikan perbezaan pendapat antara kita.
Saturday, November 30, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Aku ada terbaca berita yang mengatakan Sultan Kelantan atau dikenali sebagai Sultan Muhammad V akan berkahwin tak lama lagi. Mesti dah ada c...
-
Kali ini aku ingin berkongsi gambar dan video tragedi ngeri yang menimpa penjaga Zoo di Singapura dan luar negara. Gambar dan video ini aga...
-
Aku teringat satu ketika dahulu pernah berbual dengan seorang warga Pakistan yang bekerja di KL ni tentang Taliban dan Osama Laden. Apa ya...
-
Cerita pancung kepala ini berlaku di Arab Saudi yang menjalankan hukum hudud. Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz. Mengikut beliau, pad...
-
Jika bercerita berkenaan Sultan Brunei mesti terlintas kehebatan kekayaannya dan kemakmuran negaranya yang rakyat kebanyakannya terdiri d...
No comments:
Post a Comment