Boleh tengok tapi tak boleh sentuh


Sejak dua menjak ni aku terjumpa beberapa blog yang bercerita pasal perempuan seksi. Ada yang ganas dan ada yang tulis cara baik. Aku rasa bukan apa, perkara ni terjadi mungkin sebab mereka dah tak tahan dihidangkan dengan pemandangan yang meransang setiap hari. Jadi diluahkan dalam blog.

Aku yang kerja di KL ni boleh rasa perasaan mereka sampai terluah kat blog aku satu lagi. 

Apa yang aku boleh cakap ialah apa yang terjadi sekarang ni seolah-olah wanita yang pakai seksi ni berpegang kepada prinsip "boleh tengok tapi tak boleh sentuh".

Sebabnya sengaja ditayangkan perkara yang sepatutunya tak perlu dan tak boleh ditayang. Kalau barang-barang yang hanya untuk dipamerkan tapi tak boleh sentuh mesti simpan dalam cermin kan. Ataupun mesti ada papan tanda atau notis tak bagi sentuh.

Persoalannya sekarang ni ialah, kenapa perlu diransang lelaki diluar sana? Tak kesian ker kat lelaki terutama yang tak kahwin lagi? Lepas tu kalau jadi perkara tak elok nak salahkan lelaki? Padahal siapa yang mulakan dulu?

Kalau semua wanita menutup perkara yang tak sepatutnya tunjuk aku rasa Malaysia ni aman sikit daripada kes rogol, buang anak, lahir anak luar nikah dan zina berleluasa.

Comments

Setuju.. apa-apa pun wanita kena pandai jaga diri... baru orang lain segan... kalo seksi...emmmm...
Elih Japahar said…
Se7 dgn kata2 ko ni...ape nak buat dah kena bagi wayang free, tgok je lah wakakka...!
hana said…
betol3..
harap de la kesedaran kat pompuan yg seksi meksi tu...
tp laki pun cube la kawal cikit nafsu tu..
=D
redbean said…
kawal nafsu bro. negara matsaleh lagi seksi pun kurang kes rogol..
Kay Masingan said…
redbean setuju tu..:) tapi saya x seksi tau..hahahha
Alan Rizque said…
Walaupun dah kawal nafsu tetapi mesti teransang gak bila tengok wanita seksi..

Kat negara matsalleh memang kurang kes rogos sebab mereka senang dapat pompuan..zina biasa jer..nak lagi mudah boleh pi kelab malam malah tepi lorong pun boleh wat projek..jadi pompuan pakai seksi berleluasa pun takpe sebab ada lubang banyak..

Kat Malaysia ni Alhamdulillah masih terkawal..

Popular posts from this blog

Sultan Kelantan bakal berkahwin

Dibaham harimau dan singa

Kena pancung kepala

Ustaz berbahas pengikut bergaduh

Sultan Osman Gazi pengasas Othmaniyyah