Masa dok tunggu orang tadi aku ternampak seorang wanita yang mengutip botol. Plastik kat tangannya penuh botol kosong. Aku mula-mula tak perasan, ingatkan dia baru lepas beli barang. Lepas dia ambil botol tu dan masukkan dalam plastik baru aku tahu dia kumpul botol rupanya.
Gambar kat atas ni bukan gambar dia. Tak tergamak aku nak ambil. Ni gambar hiasan jer.
Dah banyak kali aku tengok pengutip botol di KL ni. Kesian aku tengok tapi mungkin itu sumber rezeki pencariannya. Kira ok juga asalkan halal.
Setiap kali aku tengok diorang ni aku rasa bersyukur sangat dengan kerjaya aku sekarang. Walaupun kadang-kadang tertekan dengan kerja. Pendapatan kadang-kadang terasa tak cukup tapi kerjaya tetap ada kelas gitu..hehe..
Kadang-kadang kita perlu tengok orang susah supaya kita bersyukur dan rajin membantu.
2 comments:
saya setuju,
kita kena bersyukur dengan sebarang kurniaan Tuhan kepada kita..
bersyukur kerana apa yang dilakukan adalah halal =D
Ya betul..kalau lumayan dan hidup senang tetapi hasilnya haram buat apa kan..
Post a Comment