Thursday, May 12, 2011

Gaddafi yang cintakan dunia

Dulu aku pernah menulis pasal Libya dan Gaddafi hasil maklumat daripada kawan aku yang bercakap dengan orang Libya belajar di sini.
Tentera rakyat Libya menyediakan roket yang baru mereka dapat.
Hari ini, Libya masih lagi dalam keadaan huru hara sebab Gaddafi masih enggan berundur. Memang betul kata orang Libya itu yang Gaddafi takkan berundur melainkan semua askarnya mengaku kalah atau dia mati dulu.

Apabila kawan aku tanya mengapa? Jawab orang Libya itu, Gaddafi ini seorang yang terlampau cintakan dunia dan takutkan mati. Kalau tidak masakan dengan kekayaan yang dimiliki sekarang ini masih enggan berundur dan lari dari negara Libya. Dia rasa tidak cukup dan masih perlu memerintah Libya untuk kaut kekayaannya.

Fuuuh..Begitu bahaya sekali penyakit tamak dan tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki.

Akibatnya, sekarang ini dunia memerangi beliau apabila hampir 80% rakyat yang tiada kelengkapan senjata yang mencukupi dibantu NATO berperang dengan askar Gaddafi.

"Rakyat Libya sudah cukup perit dan menderita di bawah pimpinan Gaddafi, sekarang masa untuk bangkit, kalau tidak sekarang (merujuk kepada kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia) mungkin tiada peluang lagi lepas ni." Kata rakyat Libya tersebut.
----------------------------------------------------------------------

2 comments:

mcm ni lah said...

pemimpin mcm tu tak lama lagi la hayat dia tu,. atau mungkin derita masa hidup dia,.

Alan Rizque said...

Ya betul mcm ni lah, tetapi kewarasan akalnya hilang kerana nafsu menguasai diri..