TV1 atau TV2 dibawah RTM memang mendapat kritikan hebat disebabkan kebanyakan rancangan yang disiarkan selalunya tidak menarik perhatian penonton.
Berita dalam negaranya yang berat sebelah juga selalu dikritik.
Tetapi ada satu perkara yang unik dan menjadi identiti TV1 sejak sekian lama iaitu Slot Berita Dunia pada pukul 11. Kalau dulunya Berita Dunia jam 10.
Setiap kali aku tengok berita dunia ni aku memang terpaku dengan olahan isinya. Seolah-olah maklumat yang mereka dapat lebih banyak daripada TV lain terutama tentang isu semasa dunia. Setiap berita juga disisipkan dengan video dan bukan hanya bacaan berita.
Kalau aku tengok kat TV lain tentang berita dunia memang tak lengkap sangat rasanya. Pendekatan TV1 membuat slot khas berita dunia ini memang bagus daripada disekalikan dengan berita jam 8.
Teruskan keunikan ini TV1!
9 comments:
yer.. tros kn RTM..
Bersedia Untuk Bertukar ker Windows 8
berita dunia jam 11 malam, benda yang paling ditunggu kat tv1.. yang bestnya, pembaca berita tu masih sama dari zaman saya sekolah dlu.
setiap kali habis berita dunia, mesti dia bagi kata2 hikmah. best gak tu..
Ya Asada, ayat dia yang last pun tak berubah..bermula dengan "saudara.."lepas tu sambung dengan kata-kata hikmah..hehe
hoho.. x pernah plak buat perbandingan dengan berita TV lain.. insyaAllah akan lihat dengan minda lebih terbuka lepas nih..
maaf..pernah cuba menonton TV1..tapi tak boleh blah dengan informasinya..tapi kalau rancangan drama @ movie..TV2 lebih berkualiti..
Kyo_9 kena cuba buka hati lu..haha
Aku pun tak suka dengan hampir kesemua rancangan TV1..hanya berita dunia je boleh terima setakat ni..hoho..
slot kesukaan bapa saya..
Sama la macam ayah saya Haz..
aku x perasan yg ni...sebab mmg x tengok tv 1...kalo layan pun berita yg tngahari tu je...
huhu...
Post a Comment