Tuesday, May 10, 2011

Osama dalam Kosmo

Ini aku ambil daripada arkib berita di Kosmo yang membuktikan beberapa maklumat kabur tentang Kematian Osama. Arkib ini bertarikh 4 Mei 2011.

Amerika dituduh berbohong

KEDIAMAN Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan dikunjungi penduduk tempatan yang rata-rata tidak percaya pemimpin Al-Qaeda itu telah mati dibunuh
ABBOTTABAD, Pakistan - Pendedahan bahawa pengganas paling dikehendaki dunia, Osama bin Laden dibunuh dalam satu operasi komando Amerika Syarikat (AS) kelmarin menimbulkan pelbagai teori konspirasi terutamanya dalam kalangan profesional di bandar ini.

Malah mereka menyifatkan pembunuhan Osama itu yang disaksikan sendiri oleh Presiden AS, Barack Obama secara langsung menerusi kaca televisyen dari White House di Washington sebagai pembohongan semata-mata.

Tiada kematian dilaporkan dalam insiden helikopter tentera AS yang terhempas dalam operasi tersebut turut menimbulkan persoalan sama ada Osama berada dalam helikopter itu atau tidak.

Teori konspirasi menjadi semakin berleluasa di Pakistan dan di seluruh dunia berikutan kegagalan AS menunjukkan bukti mayat Osama yang didakwa mereka telah dibuang ke laut.

Rakyat Pakistan memang gemar dengan pelbagai teori konspirasi, ditambah rasa tidak percaya terhadap hubungan kerajaan dengan sekutunya dalam perang menentang keganasan.

Operasi tentera AS di bumi Pakistan yang berdaulat dan jaraknya hanya dua jam memandu dari ibu pejabat kerajaan serta tentera di Islamabad juga menjadi satu perkara yang memalukan.

Penduduk tempatan pula memberitahu wartawan bahawa mereka tidak pernah berjumpa dengan orang Arab apatah lagi pemimpin tertinggi Al-Qaeda itu yang berasal dari Arab Saudi.


Bukti kematian masih kabur

WASHINGTON - Kematian Osama bin Laden di tangan pasukan komando Amerika Syarikat (AS) terus dipertikai susulan tiada bukti kukuh seperti mayat, gambar atau asid deoksiribonukleik (DNA) ketua kumpulan Al-Qaeda itu bagi menyokong dakwaan tersebut.

Presiden AS, Barack Obama pada Ahad lepas mengumumkan bahawa Osama, 54, mati ditembak anggota komando AS di bandar Abbottabad, Pakistan.

Kumpulan militan Pakistan sebelum ini menyatakan bahawa Osama masih hidup.

Di Britain, kesangsian mengenai berita pembunuhan Obama itu disuarakan bekas Duta Britain ke Washington, Christopher Meyer.

"Saya tidak faham kenapa Presiden AS berani membuat kenyataan kepada dunia bahawa Osama sudah mati tanpa memberikan bukti bahawa dia telah mati," kata Meyer.

"Saya fikir kita mungkin melihat beberapa bukti tidak lama lagi sama ada DNA atau gambar supaya selepas ini tiada lagi dakwaan Osama dilihat di kawasan pergunungan atau seumpamanya," tambah beliau.

Sebelum ini, ramai orang terutamanya di negara-negara Islam sangsi bahawa serangan ke atas Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 didalangi pengganas.

Sehingga kini jutaan penduduk Islam menyoal sama ada kejadian itu sebenarnya merupakan komplot Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS. - Agensi
----------------------------------------------------------------
Aku paste di blog ni pun sebagai koleksi peribadi takut nanti arkib tu dah tak boleh akses. Pencarian masih terus dilakukan untuk memahami senario sebenar politik dunia supaya nanti minda kita tidak dipermainkan terutama oleh Amerika dan sekutunya.

Kalau perasan la aku ada highlight beberapa perenggan yang penting bagi aku.

5 comments:

Unknown said...

dunia dipermainkan US. kita hnya dapat lihhat permainan ini sambil berhrap dan berdoa kita tidak dipermainkan secara langsung.

Sila lawat: Kaoshi Troll

[sutera kasih] said...

thanks for sharing yeaa..US mmg suka tipu2 huhu

Alan Rizque said...

Sekurang-kurangnya Kaoshi kita perlu berfikir dan menilai supaya kita tidak mudah terpengaruh dengan mainan media barat..

[sutera Kasih] - sama-sama..benda baik kita sebarkan untuk difikirkan bersama..

fazae said...

umm biasala amerika suka mereka-reka !

Alan Rizque said...

Mereka sangat PAKAR..