Sistem gas berpusat meletup!

Siapa kat sini menggunakan sistem gas berpusat di rumah apartment atau kondominium dia?
Aku tak pasti lah korang macam mana tetapi aku memang tak berkenan dengan sistem gas berpusat ni. Sebabnya ada sekali tu pernah aku pergi rumah sepupu yang menggunakan sistem ni. Aku jadi gerun tengok paip di sepanjang laluan ke pintu rumah.

Lagi pulak aku terbaca beberapa kejadian ngeri yang berlaku di luar negara seperti Amerika. Pernah terjadi yang beberapa buah rumah yang menggunakan sistem ni meletup akibat kebocoran gas di paip saluran.

Sekarang ni pulak berlaku letupan kat kondominium di Jalan Ampang. Juga sebab akibat kebocoran gas. Mangsanya orang asing dan mujurnya terselamat tetapi hampir 60% badannya melecur.

Memang kalau guna sistem ni senang sebab tak payah pergi beli tong gas kalau habis. Hanya perlu bayar langganan bulan-bulan jer untuk disalurkan gas ke rumah kita. Tetapi bila dah terjadi kebocoran siapa yang tahu? 

Memang kejadian ni jarang berlaku tetapi kalau dah berlaku sangat buruk kesannya. Kalau sebuah rumah takpe lagi. Macam mana kalau kena kat rumah lain yang guna sistem sama.

Comments

fuh, bahaya tu...
Masa Peja nak masuk projek maintenance saluran gas berpusat di kawasan perumahan staf petronas di Paka, Peja tgk, ramai dikalangan staf petronas sendiri guna tong gas je...

Popular posts from this blog

Sultan Kelantan bakal berkahwin

Dibaham harimau dan singa

Sultan Kelantan yang baru...

Kena pancung kepala

3 kisah pentingkan diri sendiri