Bestnya jadi polis


Biasanya tindakan pukul, tendang dan kekasaran lain dikaitkan dengan aktiviti samseng. Apa yang menarik semua itu boleh dilakukan jika anda menjadi polis Malaysia walaupun pihak yang mereka hadapi itu tidak mempunyai sebarang senjata.

Itulah bestnya jadi polis Malaysia. Apabila aku tengok beberapa video dan gambar demonstrasi tempoh hari aku rasa sangat marah dengan tindakan polis. Seolah-olah mereka ini tidak profesional dan kejam. Bapa saudara aku yang pencen sebagai polis juga marah dengan tindakan polis ini.

Bukan semua tetapi hanya segelintir sahaja polis yang malampau.

Ada beberapa sebab yang aku boleh fikirkan kenapa sesetengah polis sanggup menjadi samseng, antaranya:
  • Mereka ini sengaja buat macam itu supaya imej polis dan kerajaan jadi makin buruk.
  • Sesetengah mereka ini secara rahsia diarahkan buat kekejaman itu dan dijanjikan pangkat.
  • Mereka memang penyokong BN yang tegar dan geram dengan kehadiran rakyat yang ramai. Jadi inilah peluang membantai penentang BN.
  • Mereka ini telah biasa memakan benda haram hasil rasuah dan hati mereka memang bencikan kebaikan dan suka melakukan kejahatan. Lagipun kalau BN tidak lagi memerintah maka mereka tidak dapat rasuah lagi.
Setahu aku, kebanyakan polis yang aku temui memang baik dan bencikan kekejaman kecuali memang mereka samseng sebelum ni.

Sepatutnya polis yang profesional menurut arahan pihak atas tanpa menyakiti pihak yang lain. Buat biasa-biasa sudah, jangan lebih-lebih masa nak huraikan perhimpunan.

Comments

iedaurora said…
My papa pun polis, bangge ngan die...
Mungkin kami lebih tau betapa sshnye kerja polis nie, Jgn la sbb setitik nila rosak susu sebelangakan, so polis muda jgn la nak tunjuk samseng sgt...
Wadi AR said…
sepatutnye polis ni meting dlu. ni x, main sebat je org yg xbrslh. org nk berhimpun pon mcm kene buat slh berat je
Shafiza said…
Polis jenis bertindak melulu ni cam takda sivik.
Diorang lupa ke apa diorang kena time dalam pulapol.
Bila dah jadi polis bukan main lagi naik kepala.
Alan Rizque said…
Ya betul iedaurora..Tindakan segelintir polis ini mencemarkan polis lain yang baik..kalaupun menurut arahan pihak atasan janganlah melampau..

Wadi AR..itu yang hairan, jangan layan rakyat yang ada hak berhimpun sebagai penjenayah..

Shafiza..mereka sepatutnya sedar yang tugas mereka lindungi rakyat bukan kerajaan BN..
Orang Kampung said…
rosak nama polis akibat sglintir sikap polis yg ganas ni.. huhu
Alan Rizque said…
Ya betul Orang kampung..memang sukar dimaafkan..

Popular posts from this blog

Sultan Kelantan bakal berkahwin

Apabila agama dipersenda

Negara hidup beragama lebih rendah kadar bunuh diri

Dibaham harimau dan singa

Apabila bapa sanggup noda anak sendiri