Kenapa perlu takut?

Sudah lama aku tidak menulis di blog ini memandangkan sibuk dengan urusan pemindahan tempat tinggal. Akhirnya, semuanya selesai dan aku boleh mula menulis lagi.

Suka untuk aku menyentuh tentang isu BERSIH. Sebenarnya timbul rasa pelik dalam benak fikiran aku kenapa kerajaan seolah-olah TAKUT dengan BERSIH?


Kenapa SPR dan kerajaan seolah-olah takut untuk menerima tuntutan BERSIH?

Bagi aku jika beberapa tuntutan itu diambil perhatian oleh SPR dan dilaksanakan seperti:
  • Bersihkan senarai undi
  • Ubah sistem undi pos
  • Gunakan dakwat kekal
  • Akses media yang bebas dan adil
Maka semua pihak yang mengambil bahagian dalam pilihanraya akan mendapat untung kecuali si PENIPU sahaja yang rugi. 

Apa yang aku nampak BN seolah-olah takut kalah jika bermain secara adil. Tindakan kerajaan BN dan SPR seolah-olah membuktikan yang mereka dah sebati dengan pilihanraya kotor dan takut kalah jika mengubah kepada sistem yang lebih adil.

Comments

Wadi AR said…
encik alan. dah lame xnmpk? :) join bersih xritu?
Wadi AR said…
encik alan dah lame xnmpk :) join xbersih ritu?
Alan Rizque said…
Haha..tak nampak sebab pindah rumah..baru selesai urusan pindah streamyx dan telefon. Hari tu tak sempat join Bersih sebab ada kerja luar kawasan..sedih jugak sebab time macam tulah ada kerja..

Popular posts from this blog

Sultan Kelantan bakal berkahwin

Dibaham harimau dan singa

Apabila agama dipersenda

Sultan Kelantan yang baru...

Tunku Minta Melayu Hapuskan UMNO