Sunday, December 18, 2011

Buku yang tidak dibaca

Ada satu cerita mengenai sebuah buku. Sebuah buku yang ditulis dengan penuh nilai sastera dan puitis dengan gaya bahasa yang tinggi serta mendapat pengiktirafan sasterawan dan profesor. Setelah siap dicetak dan diletakkan di rak kedai buku maka tiadalah laku akan ia seperti goreng pisang panas.

Buku yang sepatutnya laku macam goreng pisang panas itu menyebabkan penulis marah akan budaya masyarakat yang tidak memandang akan nilai sastera yang tinggi. Dikatakan masyarakat malas membaca dan suka membaca buku picisan sahaja.

Akhirnya buku itu dijual murah bukan kerana sempena promosi tetapi kerana tidak laku!

Itu yang berlaku apabila penulis syok sendiri dengan karya agungnya dan selalunya berlaku dikalangan ahli akademik. Apabila karyanya tidak laku orang ramai dipersalahkan. Sedangkan gaya bahasa itu hanya difahami olehnya sendiri dan ahli akademik agung sahaja.

Cuba tengok balik salah siapa? Siapa yang ingin baca karya dengan gaya bahasa yang memenatkan otak? Dahla seharian penat bekerja dan balik kerja kena menghadap buku yang memenatkan otak?

Tolonglah faham yang orang suka buku yang gaya bahasa mudah difahami maksudnya tanpa ada makna tersirat yang perlu berfikir panjang. Orang dahagakan isi dan iktibar buku itu dan secepat mungkin ingin difahami dan diamalkan.

Mudahkan bahasa anda wahai penulis kerana penulis yang bijak ialah penulis yang dapat diambil manfaat isi bukunya oleh orang ramai dan bukan kelompok tertentu sahaja.

2 comments:

missxidi said...

betul...sgt setuju! mcm xidi biologist takkan nak wat blog bahasa biologist kan? sape nak baca betul tak? patut penulis buku belajar dari blogger2 famous mcm mana nak tarik pembaca =)

Alan Rizque said...

Iya missxidi..nak sebar ilmu tu bukan mudah sebab itu tak ramai orang yang tersohor sebab mereka yang tersohor itu yang bijak menyampaikan mesej..