Thursday, December 1, 2011

Negara Cina bina struktur pelik di padang pasir

Aku ada terbaca berita yang mangatakan ada struktur pelik di tanah besar Cina yang mampu dilihat menggunakan Google Earth. Struktur pelik itu sangat jelas seperti gambarajah di bawah:
Struktur ini terletak di padang pasir Gobi berdekatan sempadan daerah Xinjiang dan Gansu.

Untuk membuktikannya aku pun ambil inisiatif sendiri menggunakan Google Earth dan memang mengejutkan. Gambar di bawah menunjukkan apa yang aku dapat dari Google Earth:
Apa sebenarnya yang sedang dibina di sana? Tempat itu juga tidak jauh daripada ibu pejabat program angkasa lepas Cina (sekitar 100 batu) dan pengkalan tentera udara Din Xin (sekitar 400 batu).

Ada pihak mendakwa struktur serupa itu banyak terdapat di sekitar kawasan Area 51 sebagai tempat ujian peluru berpandu Amerika. Struktur yang berbentuk grid ini adalah sebagai sasaran dan untuk melihat kesan senjata yang diuji.

Apa pun, ada pihak tidak menafikan negara Cina sedang membangun dengan pesat dari sudut teknologi ketenteraan dan mungkin akan mampu mengatasi Amerika satu hari nanti. Walaupun begitu, tidak dinafikan Amerika jauh lebih banyak pengalaman dalam peperangan berbanding Cina.

2 comments:

Queenie said...

apa sebenar benda tu?
macam2 jer la China ni..

terbaru depa buat teh guna najis panda...dah tu nak diprkenalkan sebagai teh termahal plak tuh?

esok kalu panda pupus, agaknya depa guna sendiri punya najislah ya?
hurrr....

Alan Rizque said...

Apa! teh guna najis pandan?
Dengar pun dah tak lalu nak minum..huhu