Kisah

Kisah manusia yang berjiwa muda dan bebas...

Wednesday, May 11, 2011

Baru dan baharu

Kali pertama aku dengar perkataan baharu adalah dalam iklan radio Era. Iklan tu tentang kereta Proton baharu. Aku mula-mula dengar terasa sangat la pelik. Lepas dengar iklan tu sekali lagi maka memang sah la Bahasa Melayu dah tukar lagi.
Baru pula kata padanan bahasa inggerisnya 'just'.
Baharu kata padanan bahasa inggerisnya 'new'.

Jadi semua perkataan kena tukar lepas ni antaranya:
  • Selamat tahun baharu
  • Selamat pengantin baharu
  • Pemgambilan pelajar baharu

Apa pandangan korang dengan penukaran perkataan bahasa ni? Setelah sekian lama baru nak tukar. Berbelas tahun aku sekolah dan selalu dapat A BM baru nak tukar. (chewah..)
Pandangan aku la kan, tak salah kalau nak tukar pun tapi untuk generasi macam aku nak aplikasikan memang agak susah sebab dah terbiasa dengan perkataan baru. Mungkin ambil masa kot nak sesuaikan perkataan baharu ni. Hehe..

9 comments:

airaniez wirdani said...

Tak setuju dengan pengolahan bahasa yang selalu bertukar-tukar. Kalau macam ni,macam mana Bahasa Melayu nak maju? Dulu bahasa Melayu pernah ditukar jadi Bahasa Malaysia.Tapi akhirnya kembali ke Bahasa Melayu juga.. Huhu

SyedGraphiX said...

aduiii..susah nye bila dah tukar kepada perkataan baharu. hahaha

Alan Rizque said...

Ya betul airaniez wirdani, asyik dok tukar macam mana kita sendiri pun nak mahir kan?

Dah praktik nampak SyedGraphiX..haha

Miecyber said...

Memang susah nak tukar sebab dah terbiasa..


Microsoft beli Skype

Alan Rizque said...

Ya betul Miecyber, tak faham kenapa perlu tukar..

ainol akasyah said...

orang melayu..biase la tu..mcm sc n math jugak..dlu2 konon nak buat fully english..tp akhirnya kembali pada bm jugak..

JOM SERTAI CONTEST HARI GURU

blog-tips-kurus said...

mengaku masih gagal kuasai Bahasa Melayu (aku la tu!)

Alan Rizque said...

Selalu tukar ni boleh memeningkan bangsa Ainol Akasyah..

Takpe, semuanya bermula daripada kegagalan..

governmenthooker said...

Maksudnya... "saya baru sahaja beli kereta baharu'' macam tu? Kenapa kita kena ubah bahasa kita untuk ikut bahasa english? Patut depa la yg kena pandai adapt dengan bahasa kita. Setuju tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...