Kisah

Kisah manusia yang berjiwa muda dan bebas...

Tuesday, July 19, 2011

Kategori pemimpin

Sejak akhir-akhir ni aku suka menulis tentang politik dalam blog ni. Yelah, sebab politik ni boleh melibatkan masa depan negara dan rakyatnya. 

Kalau semua orang muda tak ambil kisah dan malas ambil kisah tentang politik maka itulah peluang untuk musang berjanggut (perompak) membolot harta negara.

Dalam pemerhatian aku tentang pemimpin maka aku suka kategorikan mereka melalui 4 kategori ini:
  1. Pemimpin yang baik dan bijak.
  2. Pemimpin yang baik dan bodoh.
  3. Pemimpin yang jahat dan bijak.
  4. Pemimpin yang jahat dan bodoh.
Paling bagus kalau sebuah negara memiliki pemimpin kategori pertama. Nasib rakyat memang terbela. Masa depan negara lebih cerah. Kebajikan rakyat diutamakan. Dana negara digunakan sebaik mungkin.

Untuk kategori kedua negara diambang bahaya. Biasanya pemimpin ini selalu dipergunakan tangan-tangan hitam di belakangnya. Rakyat jelata masih lagi tidak dizalimi walaupun kebajikan rakyat sedikit sebanyak terhakis.

Pemimpin kategori ketiga ini paling licik dan biasanya umur pemerintahannya kekal lama sebab kejahatannya bijak disembunyikan. Secara diam negara dirompak tetapi kebajikan rakyat tetap terjaga. Kadang-kadang berlaku kezaliman kepada kelompok tertentu yang mungkin orang lain tidak tahu. Dia bijak menyembunyikan tangannya.

Bagi aku, golongan keempat ini paling bahaya. Mana tidaknya, disebabkan kebodohannya segala kejahatannya terbongkar. Dalam pada masa dia ingin sembunyikan kejahatannya, rakyat terus dizalimi secara terbuka. Bahkan segala kebajikan rakyat ditarik balik. Kepentingan diri sangat jelas nampak. Harta negara secara boros digunakan dan dirompak siang dan malam.

Inilah empat kategori yang aku selalu gunakan untuk menilai pemimpin jenis mana yang patut aku undi. Hehehe..

2 comments:

Wadi AR said...

bukan sjk akhir encik, dah seminggu cite. go on. sy suke bace :)

Alan Rizque said...

Hahaha..Itu ayat pemula la masa belajar BM kat sekolah..Cikgu BM suka kalau ada ayat pemula macam tu..huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...