Saturday, April 16, 2011

Amalan hidup Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz


Masa duduk makan-makan dan berbual dengan seorang kawan, dia ada menceritakan perihal kehebatan ilmuan terkenal di Malaysia iaitu Profesor Diraja Ungku Aziz.

Mengikut maklumat daripada bacaan kawan aku tu, 3 perkara yang diamalkan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz yang membuatkan dia masih cergas sampai sekarang.

Makanan:
Sarapan yang diamalkan sejak berpuluh tahun ialah 4 biji kurma dan jambu batu. Kalau tiada jambu batu epal pun boleh. Nasi hanya dimakan sekali sehari pada waktu tengah hari. Waktu malam hanya makan ringan seperti sup.

Senaman:
Sebelum ni setiap hari wajib joging selama sejam. Tetapi setelah dinasihatkan doktor pada umurnya sekarang, dia hanya berjalan turun naik bukit selama sejam sehari.

Membaca:
Untuk pastikan otak terus cergas berfikir dan tidak nyanyuk, Profesor Diraja Ungku Aziz akan membaca buku yang mampu mencabar mindanya setiap hari.

Aku pula? Biasanya nasi lemak aku bedal setiap pagi. Tengah hari nasi kukus, malam nasi ayam. Senaman sekali seminggu lompat setempat dalam rumah. Bacaan pula sebulan satu buku novel. Beza betul amalan hidup aku dengan Profesor Diraja Ungku Aziz. Haha. 

Anda macam mana?

2 comments:

Unknown said...

hmm bagus info pada entri ni..ok saya akan cuba ikut amalan prof. terutama banyakkan membaca supaya tak nyanyuk di masa tua besok.

FaFa Remina said...

"Aku pula? Biasanya nasi lemak aku bedal setiap pagi. Tengah hari nasi kukus, malam nasi ayam. Senaman sekali seminggu lompat setempat dalam rumah. Bacaan pula sebulan satu buku novel. Beza betul amalan hidup aku dengan Profesor Diraja Ungku Aziz. Haha."
lucu la owner.. hmpir sma ngn sya.. hehe~~
Read more: http://zamanmuda.blogspot.com/2011/04/amalan-hidup-profesor-diraja-ungku.html#ixzz1oPKfU2rs