Sekarang ni banyak betul rakyat Malaysia yang kreatif dan tersohor melalui Youtube..Antaranya Cikgu Shida, Anwar Hadi, matluthfi90..
Ada juga Ustaz yang tak masuk TV tapi tersohor jugak seperti Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kazim Elias..
Baguslah, tetapi antara kreativiti dan populariti kedua-duanya penting. Tak semua manusia kreatif ni popular. Dan kebanyakan manusia popular ni mesti kreatif.
Sebab itu kita lihat ramai yang ingin popular sanggup melakukan apa sahaja. Point utama aku kat sini ialah. Tidak salah kalau kita ingin jadi popular tetapi jangan sampai melanggar syariat Allah.
Ada la beberapa orang aku tengok bila dah makin popular makin lupa diri. Populariti itu juga ujian Allah. Apabila ditegur banyak pulak alasannya.
Ingatlah, di akhirat kelak apabila berhadapan dengan Allah, kita tak boleh nak salahkan siapa-siapa jika kita dikenakan azab neraka. Kalau kita jawab tak tahu dan terlupa semua jawapan tu tidak akan dilayan. Sebabnya Allah dah bagi akal untuk kita berfikir dan buat pilihan.
Nak popular? Gunakan otak yang bijak itu untuk fikir lagi kreatif tanpa perlu melanggar syariat. Hidup pun tenang dan orang pun ramai suka..
Aku kongsikan satu video yang ada isi dan kreatif tanpa perlu menggadaikan maruah dan agama.
4 comments:
iye ke kebanyakan yang popular tuh kreatif?
hmm.. kreatif dari segi ape ek? ;)
Suara, gerak lakonan, percakapan, perbuatan(baik atau jahat)..Baik atau jahat kreativiti itu bergantung kepada pelaku untuk buat atau tidak..pilihan ditangan mereka..
Uish? Video Mari Merungut Malaysia nih memang seronok kalau nak tengok suka-suka..
tapi kalau kamu kata video ni "video yang ada isi dan kreatif TANPA perlu menggadaikan maruah dan agama" cam tak bape kena la...
Sebab member aku tegur asl da nak dekat ending tuh ada isu kalau aku wali allah, malaikat turun bawak rezeki. Cam tak best pulak
Kadang-kadang jiwa muda ni masih dalam pencarian..terutama kalau dok kat negara orang..
Ya, kita belajar tentang Wali dan Malaikat masa sekolah..tetapi pernahkah kita terfikir sekejap siapa Wali dan Malaikat?
Adakah Wali itu hidupnya senang jer?
Lagikan nabi hidup penuh dugaan walaupun dia tu manusia paling dekat dengan Allah inikan pula Wali..
Aku rasa dia sentuh bab itu sebab dia rasa hidup ni susah dan penuh cabaran..
Aku dulu pun pernah gak ada impian nak tengok malaikat tetapi semua itu hanyalah impian sebab memang kita manusia tak boleh tengok malaikat kecuali dengan izinNya..
Video ni menceritakan kisah seorang muda yang nak berjaya dalam pada masa yang sama ingin dalami dan kenali Islam di Negara Orang..
Post a Comment