Tuesday, April 12, 2011

Ramainya jutawan senyap di Malaysia

Hari ni aku ada terbaca satu laporan tentang jualan kereta mewah yang terkenal di dunia iaitu Ferrari oleh syarikat pengimport dan pengedar yang terkenal di Malaysia iaitu NAZA Italia.


Statisktiknya seperti di bawah:
  • Jualan NAZA untuk tahun lepas sebanyak 60 unit.
  • Purata permintaan setiap tahun adalah antara 60 - 200 unit. (Termasuk pengimport lain)
  • Kereta Ferrari yang berdaftar atas jalan untuk tahun lepas sebanyak 150 Buah. (Jumlah ini adalah termasuk syarikat pengimport lain)

Melihat kepada statistik ini menunjukkan ramai jugak jutawan di Malaysia ni. Tambah pula mesti ada jutawan yang tidak minat kereta Ferrari. Mesti ada jugak jutawan yang tak suka miliki kereta sport mewah. Jika dicampur dengan golongan ini maka jutawan di Malaysia ni bertambahlah ramai.

Dengan kata lain negara Malaysia ni ramai orang kaya sebenarnya. Kalau semua orang kaya ni pakat membantu mereka yang susah mesti tiada yang merempat kan?

Apa-apapun kita kena ada cita-cita untuk jadi kaya supaya dapat membantu mereka yang susah.

p/s:Sumber daripada Metro.

3 comments:

KC said...

Katakan lah kita praktikan cadangan utk mengagihkan kekayaan dari semua golongan yg berada kpd mereka yang merempat. Gerenti tak lama lepas tu mereka yang asalnya merempat akn balik merempat.Percaya?

Pernah perasan, mereka yang kaya tapi jadi muflis akn kembali jadi kaya dan mereka yang miskin yang dpt durian runtuh, akn tetap balik ke kencana kemiskinan.

It's in the mindset!

Alan Rizque said...

Ya, sangat setuju dengan KC..Sebab itu kita semua kalau boleh wajib bercita-cita untuk jadi kaya dan bantu golongan miskin dengan beri pendidikan kepada mereka..Tak kira macam kursus ker,seminar ker atau support anak-anak mereka belajar macam Mukhtar Bukhari buat.

Alhamdulillah dah ramai orang kaya yang buat tetapi kalau lagi ramai orang yang kaya dan banyak bantu golongan susah lagi bagus.

sayers said...

betul jugak tu bro..