Korea Selatan telah melalui pelbagai rintangan daripada perang saudara dengan Korea Utara dan pemberontakan dalaman disebabkan pemerintah korea yang zalim pada masa itu .
Kestabilan politik dalaman Korea Selatan hanya mula berlaku pada tahun 1987. Diceritakan bagaimana Korea Selatan bangkit daripada kejatuhan ekonomi terutama selepas pelbagai krisis amat mengagumkan.
Korea Selatan memiliki banyak hutang pada ketika itu. Untuk menyelesaikan hutang itu maka rakyatnya berpakat untuk memberi emas yang mereka ada kepada kerajaan untuk melangsaikan hutang tersebut.
Sejak itu ekonomi Korea Selatan terus naik ditambah pula dengan kesungguhan dan kekreatifan rakyatnya mencipta produk untuk dijual di peringkat antarabangsa.
Sebenarnya rakyat akan sanggup berkorban untuk negara apabila dilihat diri pemimpin itu yang berkorban dari sudut fizikal dan kebendaan. Mana mungkin disuruh rakyat berkorban sedangkan hidup pemimpinnya serba kemewahan dengan duit rakyat.
2 comments:
betul3!!!
sokong sangat
Terima kasih..
Rindukan negara macam ni..
Post a Comment