Aku ada terbaca berita yang mengatakan Sultan Kelantan atau dikenali sebagai Sultan Muhammad V akan berkahwin tak lama lagi. Mesti dah ada calon. Semoga Baginda dipermudahkan.
Aku mula berminat pasal kesultanan Kelantan ni lepas mendapat cerita daripada kawan yang berasal daripada Kelantan tentang sikap rendah diri Sultan ini dan mudahnya Baginda dekati rakyat.
Sejak itu aku mula mendapat pelbagai cerita enak dan kurang enak tentang institusi raja Kelantan. Antara yang aku tahu ialah Sultan Kelantan sekarang ni sebenarnya pernah berkahwin dengan calon yang dipilih ibunya Tengku Anis yang berasal daripada Patani. Nama bekas Isterinya ialah Tengku Zubaidah Tengku Norudin.
Sayangnya, Sultan dan bekas isterinya saling tidak mencintai dan boleh dikatakan kahwin paksa. Kalau korang perasan memang tiada liputan mahupun gambar perkahwinan mereka. Yelah, kalau dah masing-masing bermuka masam atas pelamin, macam mana nak ambil hebohkan gambar kan?
Jodoh mereka tidak lama dan tidak sempat menimang zuriat. Jadi, menbujanglah Sultan sampai sekarang. Aku rasa hanya Sultan Kelantan jer yang tiada pasangan hidup antara Sultan dan Raja Melayu ni.
Memang elok sangatlah kalau Baginda mahu berkahwin. Semoga Allah permudahkan.
-----------------------------------------------------------------
Sumber:







