Monday, May 9, 2011

Sistem gas berpusat meletup!

Siapa kat sini menggunakan sistem gas berpusat di rumah apartment atau kondominium dia?
Aku tak pasti lah korang macam mana tetapi aku memang tak berkenan dengan sistem gas berpusat ni. Sebabnya ada sekali tu pernah aku pergi rumah sepupu yang menggunakan sistem ni. Aku jadi gerun tengok paip di sepanjang laluan ke pintu rumah.

Lagi pulak aku terbaca beberapa kejadian ngeri yang berlaku di luar negara seperti Amerika. Pernah terjadi yang beberapa buah rumah yang menggunakan sistem ni meletup akibat kebocoran gas di paip saluran.

Sekarang ni pulak berlaku letupan kat kondominium di Jalan Ampang. Juga sebab akibat kebocoran gas. Mangsanya orang asing dan mujurnya terselamat tetapi hampir 60% badannya melecur.

Memang kalau guna sistem ni senang sebab tak payah pergi beli tong gas kalau habis. Hanya perlu bayar langganan bulan-bulan jer untuk disalurkan gas ke rumah kita. Tetapi bila dah terjadi kebocoran siapa yang tahu? 

Memang kejadian ni jarang berlaku tetapi kalau dah berlaku sangat buruk kesannya. Kalau sebuah rumah takpe lagi. Macam mana kalau kena kat rumah lain yang guna sistem sama.

Jakim tarik sijil halal Lucky Food

Kalau dalam akhbar memang susah nak bagitau nama syarikat yang kena tarik balik sijil halal. Akhirnya kena bukak laman web Jakim jugak untuk dapat kepastian.

Aku hairan sepatutnya benda macam nilah untuk disebarkan supaya masyarakat Islam berhati-hati dan bagi  malu sikit syarikat yang menjual makanan ada DNA atau gelatin babi ni.

Nama penuh syarikat itu ialah Lucky Food Processing Sdn Bhd yang mengeluarkan daging, sosej dan bebola daging telah ditarik balik sijil halalnya kerana terdapat Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk mereka. 

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk kat sini.

Sunday, May 8, 2011

Utusan yang Terlampau

Ingatkan artis jer ada yang terlampau rupanya Utusan Malaysia pun sudah TERLAMPAU. Sebenarnya dah banyak isu sensitif yang akhbar Utusan Malaysia suka siarkan tanpa memikirkan kebaikan orang ramai. Seolah-olah apa yang penting bagi mereka adalah jualan jadi laku, duit masuk mencurah-curah.

Aku jadi hairan kenapa Utusan Malaysia sanggup siarkan tajuk berita macam ni tanpa bukti yang kukuh? Malah Kerajaan pun kata mereka akan siasat dulu hal ini dan jangan eksploitasikan. Jadi kenapa Utusan Malaysia buat sesuatu yang tidak cerdik ini?

Adakah mereka mahu dan suka kalau Malaysia ni berperang antara agama dan kaum baru mereka puas hati? Yelah lagi banyak isu untuk ditulis kan. Lantak la apa nasib rakyat Malaysia lepas ni.

Aku harap Kerajaan dapat ISA kan Utusan Malaysia sebab ini kes hasutan yang sangat berat. Jangan double standard dalam hal ini.
-----------------------------------------------

Anak saudara yang gemuk

Gambar di atas tu bukan gambar dia la sebab takut nanti dia marah kalau tahu gambar dia masuk dalam blog. Jadi gambar di atas tu hanyalah gambar hiasan tapi penuh makna.

Aku perhatikan cara makan anak saudara aku yang gemuk tu bukan sebab dia banyak makan nasi lemak, tetapi sebab banyak makan benda ni:
  • Burger
  • Air Bikarbonat (soft drink)
  • Nugget
  • Kentang goreng.
  • Ayam goreng.
Aku rasa dalam nasi lemak biasa takde pun benda macam tu. Jadi aku hairan kenapa boleh timbul isu budak sekolah ramai gemuk sebab nasi lemak. Padahal santan dalam nasi lemak yang dijual pun teramatlah kurang.

Kenapa mereka yang timbulkan isu ni tak sentuh pasal senarai makanan di atas. Adakah sebab pengeluar makanan tu syarikat besar (McD, KFC, Pizza Hut) dan penjual nasi lemak ni hanyalah peniaga kecil jer?

Jangan kerana nyamuk kelambu dibakar (Cewah..pandai bermadah pulak sekarang ni..entah kena pada tempat ke tidak..haha)

Fitnah lagi?

Aduh, tak habis-habis dengan fitnah. Tak cukup dengan liwat, tuduhan zina pula. Tak cukup lagi, timbul pula isu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.
Kalau ahli parlimen sekarang ini majoritinya orang Melayu Islam macam mana nak tukar agama rasmi? Kalau pembangkang memerintah sekalipun memang orang melayu Islam tetap jadi majoriti dalam parlimen. Jadi dimana logiknya?

Kalau betul kita mahu menjaga Islam, tutup pusat hiburan, tutup pusat judi, hadkan tempat menjual arak, hapuskan program hiburan melampau. Semua itu membantu dalam proses merosakkan pegangan agama Islam muda mudi.

Tidak perlulah kita terlampau bersangka buruk dengan agama lain di Malaysia ni. Ingat yang Allah akan jaga agama Islam jika kita ikut suruhannya. Kalau betul Kristian merancang menguasai Malaysia, ingatlah yang Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah terbaik.

Jadi, perbetulkan diri kita dulu. Jaga muda-mudi kita. Bagi pemahaman Islam yang sebenar. Jangan cepat melatah dan menfitnah seperti Utusan Malaysia jika perpaduan kaum yang kita mahukan. Siasat, bertenang dan berwaspada. Jangan pula terlebih sudu dari kuah.
-----------------------------------------------------
Sumber:
Malaysiakini

Saturday, May 7, 2011

Bestnya jadi pemain Manchester United

Manchester United adalah pasukan favorite aku sejak sekian lama. Kenapa aku cakap best jadi pemain Manchester United? Sebabnya setiap pemain bakal menerima bonus sebanyak RM2.5 juta setiap seorang jika menjuarai Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara.

Bonus ini akan diberikan kepada 18 pemain yang tersenarai bagi setiap perlawanan. Macam mana bonus dikira?

Bonus 1:
Setiap mata yang dikumpul dalam Liga Perdana England akan diberikan RM 7,393 setiap seorang.
Sekarang ini mata yang terkumpul adalah 73 dan jika mereka menang baki 3 perlawanan lagi maka jumlah bonus untuk setiap seorang ialah RM 7,393 x 82 = RM 606,226

Bonus 2:
Kelab Manchester United menjanjikan bonus sebanyak RM 6.4 juta jika berjaya jadi juara Liga Perdana England. 
Jadi RM6,400,000/18 = RM 355,556

Bonus 3:
Bagi Liga Juara-Juara, pemain MU akan menerima RM 73,920 bagi setiap kemenangan di peringkat kumpulan dan RM 98,560 pada peringkat kalah mati. Jika dikira dengan prestasi setakat ini dan berjaya menewaskan Barcelona pada final nanti maka bonus yang akan diterima ialah RM 12.3 juta.

Jadi setiap seorang akan mendapat RM12,300,000/18 = RM 683,333

Bonus 4:
Bonus khas akan diberikan jika mereka berjaya menjadi juara Liga Juara-Juara iaitu sebanyak RM 14.8 juta. Setelah dibahagikan untuk setiap pemain maka jumlahnya RM 14,800,000/18 = RM 822,222

Setelah dicampur 4 bonus di atas jumlah keseluruhan hampir mencecah RM 2.5 juta setiap seorang. WOW!

Tetapi, itupun jika mereka bermain untuk semua perlawanan yang berlansung. Lumayan kan? Maka tidak hairan jika kualiti permainan mereka sukar kita tandingi.
-----------------------------------------------------
Sumber:
Kosmo

Ada jugak doktor kelas tiga?

Semasa aku berblog walking beberapa laman maka terjumpa blog seorang bakal doktor yang resah dengan kerajaan Malaysia yang ingin menghentikan kursus baru perubatan di IPT sehingga 30 April 2016. Aku hairan kenapa dia resah.

Seperti dia, aku juga tersilap faham selama ni. Aku ingat yang kerajaan Malaysia akan membekukan pengambilan pelajar kedoktoran yang baru selama 5 tahun di semua IPT. Aku juga ingat kerajaan tidak mahu membuka cabang kursus baru perubatan sebab ada pelbagai kursus pelik-pelik namanya kat IPT. 

Rupa-rupanya kerajaan hanya ingin membekukan jika ada IPT yang nak buka fakulti atau kursus perubatan yang baru. Maknanya kalau ada IPT yang baru nak buka kursus perubatan atau fakulti perubatan sekarang dah tak boleh.

Jadi masih ada banyak peluang untuk lepasan SPM yang nak jadi doktor. Tapi hanya yang berkualiti sahaja.
Alasan kerajaan buat macam ni adalah untuk mengelakkan lambakan doktor kelas tiga di pasaran. Pertama kali aku dengar istilah ni. Sebelum ni aku ingat semua doktor tu kelas pertama dan hebat dan genius tetapi ada jugak yang tak genius nak jadi doktor asalkan ada duit untuk bayar kos pengajian.

Ramai yang bercita-cita nak jadi doktor tetapi ramai yang lupa tanggungjawab doktor itu berat. Jangan dah jadi doktor nanti selalu mengeluh dan pentingkan duit daripada rawat pesakit.

Nisbah doktor dan pesakit di Malaysia sekarang ni 1:1000
Pada tahun 2020 akan jadi 1:400

Carta Terkini Liga Super 6 Mei 2011


Berikut adalah kedudukan carta terkini Liga Super 2011 selepas perlawanan pada 6 Mei 2011:

Ked. Pasukan/Kelab Mata P M S K J B P
1 KELANTAN 39 18 12 3 3 39 15 24
2 SELANGOR 39 18 12 3 3 26 16 10
3 TERENGGANU 38 18 11 5 2 34 15 19
4 KEDAH 28 18 8 4 6 17 16 1
5 PERAK 27 18 7 6 5 23 19 4
6 FELDA UNITED 25 18 6 7 5 15 16 -1
7 HARIMAU MUDA A 22 16 6 4 6 20 19 1
8 JOHOR FC 20 18 4 8 6 14 18 -4
9 NEGERI SEMBILAN 20 18 5 5 8 19 24 -5
10 T-TEAM 19 17 5 4 8 21 22 -1
11 PAHANG 19 18 4 7 7 16 20 -4
12 SABAH 15 17 3 6 8 13 21 -8
13 KUALA LUMPUR 15 18 3 6 9 13 25 -12
14 PERLIS 10 18 2 4 12 17 41 -24

Ini pula keputusan perlawanan semalam yang telah mengubah kedudukan beberapa kumpulan:
Sabah menang dengan Negeri Sembilan 2-0
Terengganu menang dengan Kuala Lumpur 4-0
Kelantan menang dengan Kedah 2-0
Perak seri dengan Pahang 0-0
Selangor menang dengan Johor FC 3-2
Perlis menang dengan T-Team 2-1
Felda United menang dengan Harimau Muda A 2-0

Nampaknya Kelantan masih lagi kebal mendahului kedudukan carta walaupun bilangan mata seri tetapi Kelantan berkelebihan dari sudut jaringan.

Tahniah untuk semua pasukan yang menang terutama Selangor. =)

Friday, May 6, 2011

Dibaham harimau dan singa

Kali ini aku ingin berkongsi gambar dan video tragedi ngeri yang menimpa penjaga Zoo di Singapura dan luar negara. Gambar dan video ini agak ngeri jadi kalau tak tahan jangan tengok.

Penjaga zoo singapura ni berasal daripada Malaysia berumur 30-an. Beliau tidak menjangka rutin harian untuk membersih kolam di kandang harimau putih akhirnya membawa maut. Harimau ini dibawa daripada Indonesia. Tengok gambar dan video di bawah:






Aku tak boleh bayang perasaan dia masa ni..





Habis remuk tulang.


Inilah kandang harimau.

Boleh dengar suara orang ramai dan rakan sekerja yang cuba menolong. Tapi tak boleh buat apa-apa.

Ini pulak video kejadian kat negara lain. Akhirnya Singa ini ditembak mati. Mula-mula aku ingat patung jer.

Orang tua selalu pesan jangan suka cakap besar terhadap binatang seperti gajah, harimau, singa dan seangkatan dengannya. Mengikut kata mereka lagi binatang macam ni sebenarnya tak suka makan manusia. Jika mereka baham tu maknanya mereka nampak kita ni seperti binatang mungkin dengan bantuan syaitan. 

Jadi masa nak masuk hutan selalulah ingat Allah supaya syaitan tak dapat merupakan kita seperti binatang. Apapun jika dah sampai ajal tiada siapa yang mampu menolak.

Sumber: Berita dari gunung , Macam nilah kita

Syahidkah Osama Bin Laden?

Kali ini aku menulis sebab terkesan dan sedih dengan khutbah jumaat yang aku dengar tadi ada menyentuh tentang kematian Osama Bin Laden.

Khatib menyamakan Osama dengan pejuang yang mati Syahid seperti Tok Janggut, Syeikh Ahmad Yasin dan beberapa individu yang aku lupa namanya.

Syaikh Ahmad Yassin
Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi
Persoalan aku ialah Syahidkan Osama? Seorang individu yang tidak begitu jelas latar belakangnya dan sejarah hidupnya. Maklumat yang ada pun tidak jelas dan ada percanggahan sumber yang berlainan.

Bagi aku Osama (kalau betul wujud) sangat berbeza dengan pejuang Islam yang lain seperti Syeikh Ahmad Yasin, Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi, Hassan Al-Banna malah Tok Janggut sekalipun. Kenapa? Apa yang membezakan mereka?
  • Osama latar belakangnya tidak jelas sepertimana mereka yang lain, malah individu yang dekat  dengan Osama pun kabur tidak sepertimana yang lain.
  • Gambar, pengebumian dan penglibatan pihak berkuasa tempatan, penduduk tempatan (dekat tempat kejadian) seolah-olah tidak jelas dan tidak wujud bukan seperti mereka yang lain. Lagikan Saddam Hussein pun jelas hukuman dan kematian beliau kenapa Osama amat kabur?
  • Cara pendekatan 'jihad' mereka sangat lain. Osama lebih kepada menyerang orang awam dan aku memang tidak bersetuju. Aku rasa Agama Islam dan Nabi pun tidak ajar benda macam ni. Dan inilah permainan Amerika yang mahu masyarakat dunia anti-Islam.
Jadi, sangatlah sedih bila khatib menyamakan Osama sebaris dengan pejuang Islam yang lain. Kita sebagai orang Islam sepatutnya jelas dengan permainan musuh Islam. Jangan mudah mengikut rentak mereka.

Kalau kita sokong dan yakin dengan kewujudan Osama dan Al-Qaeda maka sepatutnya kita rasa bersalah sebab kita sebenarnya terpengaruh dengan permainan Amerika.

Kalau ada orang tanya aku tentang Osama aku akan jawab:
"Osama tidak wujud!"
------------------------------------------------------
Filem Osama bin Laden dan Al-Qaeda
Osama, Afghanistan dan Pakistan
Disebalik kematian Osama Bin Laden