33 orang pelombong emas di Chile masih hidup selepas 17 hari terperangkap di bawah runtuhan lombong sedalam 688 meter. Sebuah nota dihantar balik oleh pelombong melalui paip sebesar 4 inci kepada penyelamat di atas. Apa yang menyedihkan ialah mereka terperangkap sedalam 688 meter dan usaha mengorek lubang untuk manusia telus melaluinya mungkin memakan masa selama 4 bulan!
Laporan awal mengatakan yang semua pelombong tidak terselamat dalam tragedi itu, namun selepas probe yang dihantar melalui lubang sebesar 4 inci, mereka mendapat nota daripada mangsa yang mangatakan semua terselamat tetapi terperangkap.
![]() |
Gambar daripada AP menunjukkan kawasan perkhemahan keluarga pelombong yang setia menunggu berita |