Baru-baru ini ramai blogger berkongsi cerita tentang cubaan bunuh diri gadis di Kelantan.
Jadi di sini aku ingin berkongsi beberapa fakta menarik tentang bunuh diri diceduk daripada beberapa laman web:
- Kematian sebab bunuh diri lebih banyak 2 kali ganda berbanding kematian disebabkan HIV AIDS.
- Di China, cubaan bunuh diri berlaku setiap 2 minit.
- Di Amerika. setiap satu minit berlaku 1 cubaan bunuh diri.
- Antara individu terkenal yang membunuh diri ialah: Sigmund Freud, Cleopatra, Mark Antony, Brutus, Judas Iscariot, Hannibal, Nero, Virginia Wolf, Adolf Hitler, Ernest Hemmingway, Sylvia Plath, Vincent van Gogh, Jack London, Dylan Thomas, Judy Garland, Rudolph Hess, Pontius Pilate, Socrates, and possibly Tchaikovsky, Elvis Presley, and Marilyn Monroe. (Tak sampai separuh yang aku kenal)
- Pada tahun 2008, 140 orang askar Amerika membunuh diri diikuti tahun 2009 seramai 270 orang.
- Mengantung leher adalah cara utama bunuh diri di dunia.
- Di Amerika pula, cara paling tersohor untuk bunuh diri ialah dengan senjata api.
- Walaupun cubaan bunuh diri dikalangan wanita 3 kali lebih banyak daripada lelaki tetapi yang berjaya bunuh diri 3 kali lebih banyak di kalangan lelaki.
- 10 september ialah hari pencegahan bunuh diri sedunia.
- Sejak jambatan Golden Gate dibuka pada 1937, lebih daripada 1200 orang telah berjaya bunuh diri dengan terjun di situ. Ini menjadikannya tempat tersohor untuk bunuh diri di dunia.
- 35% mereka yang bunuh diri menulis nota terakhir.
- Seorang mangsa bunuh diri dengan terjun daripada jambatan Golden Gate meninggalkan nota yang mengatakan: "Saya akan berjalan menuju ke jambatan, jika ada seorang yang senyum kepada saya dalam perjalanan ke sana, maka saya tidak akan bunuh diri."
3 comments:
like=)
Terima kasih Edda...suka baca benda macam ni...kadang-kadang menginsafkan...
Ni post yang TERBAIK :D
Post a Comment