Thursday, April 14, 2011

Belia kena sedar bahaya tukar kerajaan


Niatnya nak cari sumber satu isu semalam tetapi lain yang jumpa di Berita Harian Online. Tajuknya sama macam tajuk di atas ni.

Aku pun teruskan membaca artikel tu mengharapkan ada isi yang menarik. Rupanya sebab kenapa bahaya tukar kerajaan adalah kerana bimbangkan parti lain yang tiada pengalaman memerintah Malaysia.

Dulu aku ada risau jugak bila pembangkang memerintah beberapa negeri tetapi selepas beberapa tahun ni aku tengok ok jer. 

Dengan kata lain takde yang bahaya pun tukar kerajaan ni, cuma bahayanya kepada parti politik pemerintah sekarang ni.

Yalah, kalau orang lain yang ambil alih kerajaan mesti terselongkar dan terbongkar fail-fail korupsi selama 54 tahun memerintah kan?

Bagi aku sangat elok kalau selalu tukar kerajaan macam yang terjadi dekat negara maju. Hanya yang terbaik akan memerintah. Mesti takut nak menyeleweng sebab 5 tahun lagi belum tentu dia akan kekal. Aku tengok negara membangun dan dunia ketiga ni sama je corak dia. Mesti Parti atau individu yang memerintah tu sama jer berabad-abad lamanya.

Tak salah mencuba kan? Kalau tak puas hati tukar balik.

6 comments:

Nur Fannun said...

tak kisah le parti mana yg memerintah..janji hukum islam ditegahkan dan dijadikan teras pemerintahan, rakyat tidak dizalimi.

Alan Rizque said...

Ya betul Nur Fannun..kalau ada parti yang tawarkan pemerintahan yang lebih baik kenapa kita tak cuba dulu kan..

wanacesh said...

betul tu,,aku pun rasa nak try jugak pembangkang yang memerintah,,kalau x best kan boleh tukar blik,,tapi takut der rusuhan pulak kalo pembangkng menang,,huhu,,(kat mesia x kot)

Alan Rizque said...

Kat Malaysia tak mungkin berlaku rusuhan kecuali ada pihak yang memulakan. Malaysia ni rakyat dia sukakan keamanan.

Elih Japahar said...

Kadang-kadang letih memikirkan politik yang tidak menentu skarang ni...kenapa fitnah jadi senjata mereka?..bukankah fitnah itu lebih kejam dari membunuh...hermmm

Alan Rizque said...

Kuasa dan wang punya pasal..sanggup buat apa saja..bila hati dah hitam sebab termakan banyak sangat duit bukan hak, maka jadilah macam tu..mungkin bunuh pun sanggup..